Setelah selesai persidangan Kreatorverse, kami berpeluang untuk menemubual secara eksklusif pengasas bersama Klook, Ethan Lin. Dalam temu bual tersebut, Ethan berkongsi pelbagai rancangan menarik yang bakal dilakukan oleh Klook untuk memberi nilai tambah kepada pengguna setianya, terutamanya generasi Milenial dan Generasi Z yang semakin bijak berbelanja.
Menurut Ethan, pengguna Klook bukan sekadar ingin melancong, tetapi juga mencari pengalaman yang menawarkan nilai berbaloi. Mereka bersedia untuk membayar lebih asalkan harga tersebut setimpal dengan perkhidmatan yang terbaik. Oleh itu, Klook akan terus menambah baik tawaran mereka dengan lebih banyak promosi menarik serta acara bermusim yang mampu menarik perhatian dan memenuhi kehendak pengguna.
Lebih Banyak Inisiatif untuk Kreator Klook di Seluruh Dunia
Bukan itu sahaja, Klook juga semakin berkembang pesat sebagai platform yang menghubungkan pengembara dengan pencipta kandungan atau kreator. Kini, dengan lebih daripada 20,000 Kreator Klook di seluruh dunia, Ethan Lin berhasrat untuk mengembangkan komuniti pencipta kandungan ini dengan pelbagai inisiatif baharu.
Salah satu rancangan utama ialah pelaksanaan Kreator Shop, satu platform yang direka khas untuk membolehkan komuniti kreator Klook memperluaskan pengaruh mereka. Dengan ciri dan alatan baharu yang lebih baik, kreator akan mempunyai peluang lebih besar untuk mempromosikan kandungan yang relevan, sekali gus memberikan manfaat kepada lebih ramai pengguna.
Kelestarian dan Pemuliharaan Alam Semula Jadi Jadi Keutamaan
Dalam persidangan Kreatorverse itu juga, Klook menyentuh mengenai perancangan berkaitan kelestarian alam semula jadi, dengan tumpuan terhadap pengalaman pelancongan yang selari dengan usaha melindungi warisan alam sekitar. Ethan Lin menjelaskan bahawa Klook ingin menerajui usaha memperkenalkan lebih banyak pengalaman pelancongan yang bersifat mesra alam, pada masa yang sama mengetengahkan warisan budaya tempatan yang unik.
Untuk mencapai matlamat ini, Klook akan bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi untuk menetapkan standard industri yang lebih baik. Ini bagi memastikan kandungan maklumat yang disampaikan kepada pengguna adalah tepat, membantu mereka merancang aktiviti pelancongan berdasarkan minat serta keperluan peribadi.
Sokongan Terhadap Komuniti Tempatan dan Warisan Budaya
Bagi mengukuhkan lagi usaha menyokong komuniti tempatan, Klook juga akan menjalankan kajian mendalam untuk memahami keperluan setiap komuniti. Ini bertujuan untuk memastikan keseimbangan dan keharmonian antara pelancong, haiwan serta masyarakat setempat dapat dipelihara. Ethan juga berkongsi bahawa Klook akan bekerjasama dengan pakar dalam bidang kelestarian untuk menetapkan syarat-syarat tertentu yang akan membantu melindungi haiwan dan ekosistem tempatan.
Selain daripada usaha menjaga alam sekitar, Klook turut ingin mempromosikan budaya tempatan dan memberi peluang kepada pelancong untuk benar-benar merasai pengalaman hidup dalam komuniti setempat. Pelancong akan dapat menikmati budaya dan tradisi yang asli serta lebih mendalam, sesuatu yang jarang diketengahkan di media sosial.
Destinasi Baharu dan Pengalaman Unik Menanti Pengguna Klook
Menutup temu bual ini, Ethan Lin turut berkongsi bahawa Klook akan memastikan pengguna aplikasi berpeluang untuk melancong ke destinasi baharu yang jarang diketahui ramai. Ini adalah sebahagian daripada usaha Klook untuk menawarkan pengalaman unik berdasarkan minat pengguna itu sendiri. Sama ada mencari percutian yang damai di kawasan pedalaman, atau pengembaraan yang mencabar di destinasi tersembunyi, Klook mahu memastikan pengguna sentiasa mendapat pilihan yang terbaik.
Dengan pelbagai perancangan menarik yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi, Ethan menggesa semua pengguna untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan memastikan mereka memuat turun aplikasi Klook di Google Play atau App Store. Jangan ketinggalan untuk menikmati promosi, tawaran istimewa, serta destinasi baru yang menanti di Klook!