in , ,

Legenda Bollywood Udit Narayan Bakal Gegar Kuala Lumpur Disember Ini

Legenda muzik Bollywood, Udit Narayan, yang terkenal dengan gelaran ‘Raja Melodi’, bakal mengadakan konsert mega di Kuala Lumpur pada 28 Disember 2024. Tiket mula dijual 24 September 2024, Selasa, jam 4 petang

Konsert yang dibawa oleh VVST Digital Creation ini dijangka akan menjadi kenangan manis buat peminat lagu Hindustan, membawakan semula nostalgia zaman kegemilangan industri muzik dan filem Bollywood dari era 90-an hingga kini.

Udit Narayan: Raja Melodi Bollywood

Dengan kerjaya lebih tiga dekad dan lebih 25,000 lagu dalam 36 bahasa, Udit Narayan dikenali sebagai suara emas yang mendendangkan lagu-lagu ikonik untuk tiga King of Khans Bollywood, iaitu Datuk Shah Rukh Khan, Salman Khan, dan Amir Khan, serta ramai lagi pelakon popular. Lagu beliau yang paling terkenal, “Papa Kehte Hain” dari filem Qayamat Se Qayamat Tak, bukan sahaja mengangkat nama beliau di persada antarabangsa tetapi turut mencetuskan fenomena besar dalam dunia muzik Bollywood.

Legenda Bollywood Udit Narayan Bakal Gegar Kuala Lumpur Disember Ini

Pertemuan Semula Selepas 12 Tahun

Menariknya, konsert ini merupakan kali pertama Udit Narayan kembali membuat persembahan terbuka di Malaysia selepas 12 tahun. Kali terakhir beliau beraksi di Kuala Lumpur adalah dalam persembahan tertutup di sebuah hotel. Kali ini, beliau akan membawa koleksi lagu-lagu hit yang pernah mendominasi carta muzik Bollywood, dan dijangka memukau penonton dengan alunan suara merdu dan bertenaga seperti dahulu.

Sebelum ini, Udit Narayan telah mengadakan konsert di beberapa lokasi antarabangsa termasuk Dubai dan Eropah. Menurutnya, beliau amat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur dan menghiburkan peminat setia di Malaysia.

Legenda Bollywood Udit Narayan Bakal Gegar Kuala Lumpur Disember Ini

Pengalaman Muzik yang Menutup Tirai 2024

Menurut penganjur, konsert ini akan menjadi penutup tirai terbaik untuk tahun 2024, dan pada masa yang sama menjadi salah satu memori indah buat para peminat untuk dibawa ke tahun 2025. Peminat yang hadir bukan sahaja akan disajikan dengan alunan lagu-lagu hit, malah mereka juga diberi peluang untuk terlibat dalam pemilihan lagu melalui pertandingan yang akan dianjurkan dalam bulan-bulan mendatang.

“Kami berharap peminat Udit Narayan akan turut serta dalam pemilihan lagu. Kami juga akan terus membuat pengumuman agar peminat sentiasa terlibat dalam persiapan konsert ini. Oleh itu, kami sarankan agar para peminat terus mengikuti perkembangan kami,” kata Pengarah First Picture Sdn Bhd, En. Muhamad Dzul Hilmi Bin Zainol dalam satu sidang media hari ini.

Legenda Bollywood Udit Narayan Bakal Gegar Kuala Lumpur Disember Ini

Pilihan Tiket dan Tawaran Istimewa

Bagi peminat yang ingin menghadiri konsert ini, VVST Digital Creation menyediakan beberapa pakej tiket eksklusif yang sesuai dengan pelbagai bajet. Pakej eksklusif MIP ditawarkan pada harga RM1,466, dengan promosi awal serendah RM1,266.

Selain itu, pakej VVIP dijual pada harga RM1,266 (promosi awal RM1,066), manakala pakej VIP boleh didapati pada harga RM1,022 (promosi awal RM888).

Legenda Bollywood Udit Narayan Bakal Gegar Kuala Lumpur Disember Ini

Untuk penonton yang mencari tiket lebih mampu milik, terdapat pakej Diamond 1 dengan harga RM525 (promosi RM456), Diamond 2 pada RM421 (promosi RM366), Platinum RM345 (promosi RM300), Gold RM294 (promosi RM255), Silver RM217 (promosi RM188) dan Bronze RM148 (promosi RM128). Harga promosi ini hanya sah dari 24 hingga 30 September 2024 sahaja, jadi para peminat disarankan untuk membeli tiket dengan segera bagi mengelakkan kekecewaan.

Pengasas dan Pengarah VVST Digital Creation, Vigneswaran Sinniah, menekankan kepentingan membeli tiket awal. “Kami akan pastikan semua penonton mendapat peluang terbaik untuk menikmati konsert ini. Pastikan anda membeli tiket awal untuk mengelakkan sebarang kekecewaan akibat kelewatan atau kehabisan tiket,” kata beliau.

Legenda Bollywood Udit Narayan Bakal Gegar Kuala Lumpur Disember Ini

Maklumat Konsert

  • Acara: Udit Narayan Live in KL
  • Tarikh: 28 Disember 2024
  • Masa: 7.30 malam
  • Durasi: 3 jam
  • Tempat: Mega Star Arena, Kuala Lumpur
  • Pilihan Tiket:
  • MIP: RM1,466 (promosi awal RM1,266)
  • VVIP: RM1,266 (promosi awal RM1,066)
  • VIP: RM1,022 (promosi awal RM888)
  • Diamond 1: RM525 (promosi awal RM456)
  • Diamond 2: RM421 (promosi awal RM366)
  • Platinum: RM345 (promosi awal RM300)
  • Gold: RM294 (promosi awal RM255)
  • Silver: RM217 (promosi awal RM188)
  • Bronze: RM148 (promosi awal RM128)

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari platform My Ticket Asia atau hubungi VVST Digital Creation di [email protected].

Konsert ini pastinya akan menjadi acara yang dinanti-nantikan, membawa keindahan muzik Bollywood ke pentas Kuala Lumpur dan memberi peluang kepada para peminat untuk menyelami semula kehebatan suara ikonik Udit Narayan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Night Of Love & Compassion Usaha TMESA Kumpul Dana Bantu Pelajar Susah