Sindarela yang ditayangkan melalui slot Lestari setiap Selasa, jam 9.00 malam akan sampai ke penghujungnya pada malam ini. Siapakah yang bakal bertahta di hati Zoela? Semuanya terjawab nanti. Saksikan episod akhir siri ini pada Selasa depan, 29 Julai 2009, jam 9.00 malam ini hanya di TV3.
EPISOD 26 (EPISOD AKHIR)
Zoela (Sh. Amani) terkaku apabila mendengar suara Hussein (Bront Parale). Apabila dia menoleh, dia bagaikan dipanah petir apabila Hussein yang dirinduinya berdiri di hadapannya. Hussein juga terpegun melihat Zoela yang kelihatan am at cantik. Haidar (remy Ishak) menyuruh Hussein tolong menghantar Zoela dan keluarganya ke rumah hinggap. Hussein cuba meng am bil kesempatan berbual-bual dengan Zoela tetapi Zoela hanya membisu. Hussein tetap cuba berbual namun dibalas kasar oleh Zoela.
Zoela melepaskan segala kemarahannya kepada Hussein dan Hussein terpaksa menerimanya. Tiba-tiba Zoela terpelecok. Hussein mengurut kakinya. Zoela pula menangis teringatkan kenangan manis mereka bersama. Ketika itu Haidar muncul. Dia tertanya-tanya melihat keadaan Hussein yang sedang memegang kaki dan pipi Zoela dan Zoela yang sedang menangis. Haidar memandang Hussein tajam. Zoela pula terus berpura-pura di depan Haidar, sedangkan dalam hatinya dia terseksa…
Hussein, Haidar dan Zoela masing-masing melayan perasaan. Ketika Zoela termenung, Makcik Mary memerhatikannya. Makcik Mary bertanya kepada Zoela adakah dia pasti dengan keputusannya berkahwin dengan haidar. Zoela tersentak dengan pertanyaan itu, tetapi dia nekad dengan keputusan itu.
Haidar yang kecewa itu juga tiba-tiba nekad hendak bernikah dengan Zoela mal am itu juga. Tiba-tiba Rania muncul dia ingin mengucapkan tahniah atas pertunangan Haidar. Rania memberitahu yang sejak Haidar meninggalkan Inderapura, keluarganya disisihkan istana manakala kekasihnya Jeff juga sudah terputus hubungan dengannya kerana dia tidak menyintai Jeff, tetapi seseorang yang dia kenali. Haidar tahu Rania maksudkan dirinya. Dia rasa bersalah.
Hussein terus bersedih memikirkan Zoela sedangkan mereka sepatutnya menghadiri Majlis Makan Mal am DiRaja. Tepet memprovok Hussein yang tidak mahu berusaha tetapi hanya tahu berserah dan bersedih. Tiba-tiba Hussein mendapat semangat baru untuk mendapatkan Zoela dengan apa cara sekalipun. Kemudian dia terdengar pula perbualan Kuntum dengan Bonda tentang Haidar yang mahu bernikah mal am itu juga.
Zoela sudah bersiap untuk majlis makan malam . Dia kelihatan am at cantik layaknya seorang puteri raja. Tetapi, tiba-tiba Haidar muncul berpakaian baju melayu lengkap. Dia menyuruh Zoela menukar baju kurung lace putih yang dibawanya. Zoela dan makcik Mary hairan. Kemudian Haidar terus menarik tangan Zoela. Zoela tidak selesa dan marah apabila Haidar berkasar dengannya. Hussein muncul.
Dia menyuruh Haidar melepaskan Zoela. Mereka mula hendak bergaduh. Hussein memberanikan diri mengatakan yang dia menyintai Zoela. Zoela terkedu. Ketika itu Bonda, Tuanku Sultan, Im am Besar dan Kuntum muncul. Haidar terus memprovok Hussein meluahkan semua perasaan cintanya pada Zoela. Zoela mula sebak. Haidar meluahkan perasannya yang mula sukakan Zoela sejak pert am a kali mereka berjumpa… namun, siapakah pilihan Zoela?