in

Majlis 3M Meraikan Anak Yatim Baitul Mahabbah

3M Membawa Kemeriahan Ramadhan untuk Semua

Ketika kebanyakan rakyat Malaysia sedang sibuk memenuhi pasar raya dan pusat membeli-belah pada hujung minggu lepas sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri, warga 3M pula sibuk dengan aktiviti sambutan perayaan yang agak berbeza. Sempena meraikan kemuliaan bulan Ramadhan, mereka telah membawa kegembiraan kepada 45 orang kanak-kanak kurang bernasib baik di Seremban serta kepada rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat di Pasar Tani dan Bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang.

Melalui program Perkhidmatan Masyarakat “3M Cares” yang dijayakan oleh warga kerja 3M, mereka telah membawa perubahan yang bermakna dalam kehidupan masyarakat di sekeliling mereka. Semasa kunjungan ke Baitul Mahabbah, yang bermaksud Rumah Kasih Sayang pada hari Ahad 21 Ogos yang lalu, para pekerja 3M Seremban bersama keluarga mereka telah bersama-sama membantu mengecat bangunan, membersihkan bilik dan halaman serta membaiki tempat-tempat yong bocor. Mereka turut menghiasi bangunan kediaman kanak-kanak ini dengan lampu perhiasan serta berbuka puasa bersama-sama.

“Berdasarkan tema “Kelestarian Masa Depan”, kami percaya bahawa amalan ini dapat menggalakkan kanak-kanak secara positif melalui keprihatinan kami. Ini adalah antara beberapa program kami yang bertujuan memberi inspirasi dan galakan kepada generasi akan datang untuk membina sikap yang positif dalam kehidupan serta berusaha untuk mencapai kejayaan”, kata Michael Wu, Pengarah Urusan 3M Malaysia.

Puan Bahariah Binti Abdullah, Pengerusi Baitul Mahabbah turut menyatakan kegembiraan beliau,”Saya amat berbesar hati atas segala sumbangan yang diberikan oleh 3M. Adalah menjadi impian saya sebagai pengerusi Baitul Mahabbah untuk melihat rumah kanak-kanak ini dicat semula serta dihias. Syukurlah ada 3M dan keluarga mereka yang menjadikan impian kami satu kenyataan.”

Ketua Projek Masyarakat, Muzain B. Mohamed berkata “Kami berterima kerana diberi peluang meluahkan rasa kasih sayang kami kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini. Saya terharu dengan sokongan yang diberikan oleh rakan sekerja kerana ini membuktikan bahawa mereka adalah warga yang prihatin. Kami berharap anak-anak di Baitul Mahabbah dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih ceria lagi dengan sumbangan yang kami sediakan.”

Para pekerja 3M yang prihatin dari Selangor, Seremban dan Pulau Pinang telah memberi sumbangan berjumlah RM6, 677. Sebahagian daripada sumbangan telah digunakan untuk membeli 40 set tilam dan bantal dan sebahagiannya telah diberikan kepada kanak-kanak ini sebagai Duit Raya. Kami turut menyumbangkan barangan termasuk penyental Scotch-Brite, kain mikrofiber dan Scotch Magic Tape untuk rumah amal ini. Para staf turut memberikan barangan sumbangan mereka sendiri seperti peti TV, tikar, makanan & minuman.”

Manakala di Lembah Klang pula, pasukan 3M Scotch-Brite turut membuat lawatan istimewa ke 13 buah Pasar Tani dan Bazar Ramadan di Shah Alam, Subang Jaya, Kelana Jaya, Puchong, Kota Damansara, Danau Kota dan kawasan lain selama dua minggu berturut-turut mulai 12 Ogos. Dengan membawa bersama produk Scotch-Brite Quick Sweepers, pengelap lantai rayon Scotch-Brite, kain mikrofiber dan pad penyental Scotch-Brite yang bernilai RM25,000, para Duta 3M memulakan pelbagai permainan menarik dan memberikan hadiah berupa produk Scotch-Brite kepada orang ramai.

Cik Kek Lay Hua, Pengurus Besar, Perniagaan Pengguna dan Pejabat, 3M Malaysia berkata, “Kami telah menganjurkan kempen penglibatan pelanggan semasa bulan Ramadhan sebagai menghargai pelanggan setia kami serta orang ramai. Produk penjagaan rumah Scotch-Brite direka untuk menjadikan kerja-kerja mencuci lebih mudah dan menyeronokkan ketika menyambut musim perayaan. Para pengguna tahu bahawa mereka boleh mengharapkan produk Scotch-Brite untuk kerja-kerja cucian yang sukar kerana kami adalah jenama yang sudah terkenal lama dan rakan perniagaan yang dipercayai di seluruh dunia”.


2. A 3M Seremban employee painting the staircase railing while the kids look on in amusement.

Foto 2: Warga 3M sedang mengecat pemegang tangga sambil diperhatikan oleh kanak-kanak penghuni rumah amal.

1. 3M Seremban staff with smiling children from Baitul Mahabbah

Foto 3: Warga 3M Seremban menghulurkan duit raya kepada seorang penghuni kecil Baitul Mahabbah.

4. The public dancing with a 3M Scotch-Brite rayon mop while onlookers look in amusement

Orang awam menari bersama pengelap lantai rayon 3M Scotch-Brite sambil diperhatikan oleh orang ramai.

5. 3M Ambassador engaging with the enthusiastic crowd at Ramadan Bazaars

Photo 5: Duta 3M berinteraksi dengan orang ramai di Bazar Ramadan.

Mengenai 3M
3M sentiasa mencari idea baru dan mengubahnya menjadi pelbagai produk yang pintar. Budaya kerjasama kreatif kami memberi inspirasi kepada pelbagai kemajuan teknologi yang menjadikan kehidupan lebih menyenangkan. 3M merupakan sebuah syarikat inovasi yang tidak pernah berhenti mencipta. Dengan jumlah jualan sebanyak $27 bilion, 3M mempunyai anggaran 80,000 pekerja di seluruh dunia dan beroperasi di lebih 65 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.3M.com atau ikuti @3MNews on Twitter.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ROOKIE BLUE Leads DIVA’s Smoking Hot Mondays

Program Menarik Sempena Raya Di Astro