in , ,

Peraduan Menangi Tiket Menonton di Tayangan Istimewa Filem BLINK TWICE

Nah! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia yang melayari portal ini! Apa korang tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah tiket menonton yang ditawarkan.

Adakah anda berminat untuk menghadiri Tayangan Istimewa filem thriller yang sangat dinantikan, BLINK TWICE? Filem ini menawarkan pengalaman yang cukup istimewa kepada pembaca Budiey.com, di mana anda berpeluang menonton filem ini lebih awal daripada tarikh tayangan umum. Tayangan Istimewa ini akan diadakan pada 21 Ogos 2024, memberikan anda kesempatan eksklusif untuk menjadi antara yang pertama menyaksikan filem ini.

Channing Tatum, pelakon terkenal dari Amerika Syarikat yang dikenali melalui lakonannya dalam filem-filem aksi dan komedi, kini kembali ke layar lebar dengan peranan yang berbeza daripada kebiasaannya. 

Apa yang membuatkan BLINK TWICE lebih menarik ialah penglibatan Zoe Kravitz, seorang pelakon dan penyanyi terkenal, yang buat pertama kalinya duduk di kerusi pengarah. Selain mengarahkan, Kravitz juga menulis skrip filem ini bersama dengan E.T. Feigenbaum, yang pernah bekerjasama dengannya dalam siri High Fidelity. Ini menjadikan BLINK TWICEsebagai projek yang sangat peribadi dan penting buat Kravitz.

Peraduan Menangi Tiket Menonton di Tayangan Istimewa Filem BLINK TWICE

Inspirasi di Sebalik BLINK TWICE

Dalam temu bual dengan Majalah W, Kravitz mendedahkan bahawa inspirasi untuk BLINK TWICE datang daripada kisah nyata yang gelap tentang seorang lelaki berkuasa yang kerap mengajak wanita bercuti ke sebuah pulau. Malangnya, percutian ini sering berakhir dengan malapetaka, seakan-akan mencerminkan kes tragis seperti yang berlaku dengan Jeffrey Epstein. Dengan mengambil inspirasi daripada kisah tersebut, Kravitz mencipta satu naratif yang mendebarkan dan penuh misteri, yang pastinya akan membuatkan penonton tidak senang duduk.

Dengan gabungan bakat luar biasa di depan dan belakang tabir, BLINK TWICE dijangka menjadi salah satu filem thriller yang paling dinantikan pada tahun 2024. Kepulangan Channing Tatum ke layar lebar dengan watak yang lebih serius dan mendalam serta debut pengarah Zoe Kravitz pasti akan menarik perhatian ramai. Pastikan anda tidak terlepas menyaksikan filem ini yang bukan sahaja menawarkan ketegangan psikologi tetapi juga mengisahkan sebuah cinta yang terjalin di balik tabir filem ini.

Jika anda berminat untuk hadir, ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan. Menjadi salah satu penonton terawal untuk menyaksikan filem yang bukan sahaja penuh dengan aksi mendebarkan dan misteri. 

Sinopsis Filem BLINK TWICE

BLINK TWICE mengisahkan Slater King (Channing Tatum), seorang bilionair dalam bidang teknologi yang disegani. Kehidupan mewahnya membawa dia bertemu dengan Frida (Naomi Ackie) dan Jess (Alia Shawkat), dua pelayan koktel, semasa acara pengumpulan dana. Slater mengajak mereka bercuti di sebuah pulau persendirian bersama rakan-rakan elitnya.

Apa yang pada mulanya kelihatan seperti percutian mewah mula bertukar menjadi mimpi ngeri. Selepas semua diminta menyerahkan telefon bimbit, suasana di pulau itu berubah menjadi misteri. Frida dan Jess mula hilang ingatan dan kesedaran, dan keadaan menjadi semakin tegang apabila Jess hilang tanpa jejak, malah orang di sekeliling tidak lagi mengingati kewujudannya.

Filem ini akan berada di pawagam mulai 22 Ogos 2024.

Peraduan Menangi Tiket Menonton di Tayangan Istimewa Filem BLINK TWICE

Peraduan Tayangan Istimewa Filem BLINK TWICE

Budiey Channel ingin menghadiahkan 42 tiket untuk pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan istimewa yang cukup eksklusif ini. Acara tayangan ini akan diadakan pada:

Tarikh:: 21 Ogos 2024 (Rabu)

Masa Pendaftaran: 7:30 malam

Masa Tayangan : 8.15 malam

Lokasi : GSC Starling Mall

Sebanyak 42 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda yang mahu menyertai peraduan ini hanya perlu menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Istimewa BLINK TWICE  di GSC Starling Mall. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #BlinkTwiceMovie

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Channel dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon utama yang membintangi filem BLINK TWICE.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem BLINK TWICE kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem BLINK TWICE – Budiey Channel 

Tarikh tutup peraduan: 19 Ogos 2024

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada Warner Bros Malaysia di atas hadiah tiket dan kolaborasi ini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kunto Aji Bakal Gegar Kuala Lumpur dengan ‘Perjalanan Menawar Racun’

Rocketfuel Lancar Lagu ‘Inilah Kita’ Sempena Merdeka & Hari Malaysia