Saksikan kelahiran bintang muzik Malaysia seterusnya dalam edisi terbaharu ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’, program pertandingan nyanyian yang bakal bersiaran pada 21 Julai 2024, bermula jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).
Program pertandingan nyanyian ini adalah hasil kolaborasi pertama antara Astro dan TikTok, salah satu platform media sosial paling terkenal di dunia, dalam usaha menerokai dan menonjolkan bakat muzik baharu di Malaysia. Biasanya dijalankan secara maya melalui TikTok LIVE, iaitu perkhidmatan penstriman langsung di platform TikTok, edisi terbaharu program ini akan disiarkan buat kali pertama di saluran Astro Ria.
Kolaborasi ini memberikan peluang kepada penyanyi baharu serta pencipta kandungan muzik di media sosial untuk berkembang dalam bidang nyanyian, mempamerkan bakat mereka, dan berkongsi karya muzik dengan khalayak ramai. Ini bukan sahaja memberi mereka platform untuk memulakan kerjaya nyanyian di Malaysia tetapi juga membuka peluang untuk melangkah ke peringkat antarabangsa.
Menurut Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario, “Sebagai sebuah syarikat media terkemuka, Astro sentiasa terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana pihak. Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan TikTok kerana kami yakin inisiatif ini akan menjadi platform terbesar dalam usaha pencarian bakat tempatan dan sekaligus menyumbang kepada kemeriahan industri hiburan tanah air. Seiring dengan misi kami untuk mengangkat bakat tempatan ke peringkat antarabangsa, barisan pemenang ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ juga bakal mewakili Malaysia ke peringkat global.”
Manakala, Pengurus Serantau TikTok LIVE, Melissa Yuen, berkata, “Kerjasama antara kami dan Astro telah membolehkan kami memaparkan bakat tempatan yang membanggakan. ‘Gimme The Mic Malaysia’ adalah satu platform yang signifikan bagi penggiat seni nyanyian dan muzik yang sedang meningkat naik untuk mempamerkan bakat dan minat mereka. Oleh itu, kami komited untuk menyokong komuniti pemuzik dan teruja untuk menyaksikan persembahan mereka secara langsung di kaca TV, serta bersama-sama menyokong perkembangan mereka menjadi bintang yang diimpikan.”
Daripada uji bakat yang dijalankan pada Mei lalu, seramai 30 peserta telah dipilih untuk bertanding dalam ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’. Buat pertama kalinya, program ini akan disiarkan di Astro Ria. Kesemua 30 peserta ini perlu mempamerkan kehebatan vokal masing-masing dan bersaing untuk meraih kedudukan teratas. Juara serta enam peserta terbaik yang dipilih di pentas akhir bakal mewakili negara bertanding di peringkat antarabangsa.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ menampilkan panel juri yang terdiri daripada individu-individu yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa. Panel juri ini termasuk Yuna, penyanyi dan penulis lagu terkenal di dunia, bersama dengan Bunga Citra Lestari, penyanyi dan pelakon popular Indonesia. Mereka akan ditemani oleh Ajai, penyanyi dan komposer berbakat serta Hael Husaini, ikon muzik industri hiburan Malaysia. Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos utama, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Format ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan menyaksikan 30 peserta berbakat berentap di satu pentas selama lapan minggu. Persembahan mereka akan diadili oleh barisan panel juri profesional serta undian daripada penonton. Dalam program ini, elemen menarik yang dikenali sebagai ‘The Six’ akan diperkenalkan. Enam kerusi khas ini akan menempatkan enam peserta dengan kedudukan teratas berdasarkan markah juri profesional dari persembahan mereka. Kedudukan ini akan sentiasa berubah mengikut markah yang diberikan oleh juri profesional setiap minggu.
Pada penghujung setiap konsert, enam peserta teratas (gabungan markah juri profesional dan undian tertinggi di TikTok LIVE) akan menghuni kerusi mutlak ‘The Six’ dan terselamat dari penyingkiran. Peserta-peserta lain yang tidak menduduki kerusi ‘The Six’ akan berdepan dengan pusingan penyingkiran. Peserta dengan gabungan markah dan jumlah undian terendah akan disingkirkan dari pertandingan.
Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa untuk mewakili Malaysia, di mana mereka akan berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain. Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, serta peluang penerbitan sebuah album single yang ditaja oleh Astro & Rocketfuel.
Selain disiarkan di kaca TV menerusi saluran Astro Ria, ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ juga boleh ditonton di platform digital TikTok melalui laman TikTok Gempak dan TikTok LIVE Malaysia. Ini memberi peluang kepada penonton untuk menyaksikan perjalanan peserta secara langsung dan memberikan undian mereka, sekaligus memastikan program ini mendapat sokongan penuh dari peminat muzik di seluruh negara. Dengan kombinasi penyiaran di TV dan penstriman digital, program ini dijangka akan menarik perhatian penonton dari pelbagai lapisan masyarakat, memberikan pengalaman menonton yang lebih interaktif dan menyeronokkan.