Kali ini hos Tiah Ridhwani dan selebriti undangan sama-sama berkongsi dapur menyediakan menu enak dan kemudiannya menyanyi menghiburkan penonton.
Pengisian 26 episod program berbahasa Inggeris ini berkongsi perkembangan terbaharu karier dan kehidupan selebriti undangan yang dipilih menerusi pelbagai bidang termasuklah penyanyi, pelakon, penggubah lagu, pemuzik, pencipta kandungan kreatif, model dan pelumba motosikal profesional.
Nantikan kemunculan artis Khareez Kasbullah, Punitha Shanmugam, Amir Shahir, Munaa Bella, Daniel Fong, Adam Yusuf, Ellya Keesha, Najmi Niery, Maisarah Ukulele, Balan Kash, Khodi, Shafiq Abdillah (penyanyi pop Asia berasal dari Brunei), Elena Harris, Sefik, Silfeny Osman, Daniel Bogers (pelumba motosikal professional), dan DJ Mia.
Artis lain Aisha Retno, Alam Antido (penyanyi dan penulis lagu), Natasha Sass (pelakon dan model), dan AGY (pencipta kandungan fesyen), Kween Keela, Kahoe Hon dan Diyana Hashim.
Pelbagai menu disediakan antaranya ‘Masak Lodeh Raya’, ‘Kung Pao Chicken’, ‘Shepherd’s Pie’, ‘Spicy Tumeric Shrimp Spagehetti’, ‘Thai Chicken Wings’, ‘Tom Yam Squid Pasta’, ‘Lo Mein’, ‘Cauliflower and Cheese’, ‘Mashroom Rendang’, ‘Creamy Tuscan Chicken’, ‘Som Tam’, dan ‘Shakshuka’ (resipi Mediterium).
Sementara itu diakhir setiap episod menampilkan segmen Let’s Jam dimana selebriti secara menyanyikan lagu antaranya lagu ‘Beauty and The Beast’, ‘Back at One’, ‘Terima Kasih Cinta’, ‘How Deep Is Your Love’, ‘Umpan Jinak Di Air Tenang’, ‘Skate’, ‘If I Ain’t Got You’, ‘L.O.V.E’, ‘Seribu Tahun Lamanya’, ‘True Colors’, ‘Shallow’, dan ‘Earth, Wind and Fire’s September’.
Program ini disiarkan mulai 5 Julai, setiap Jumaat, 11.00 pagi, di saluran Okey.