in , ,

Anker Perkenal Aksesori Pengecasan MagGo Untuk Peranti Apple di Malaysia

Anker, jenama terkenal dalam pembuatan aksesori pengecasan, terus memperkukuhkan kedudukannya di Malaysia dengan pengenalan siri aksesori pengecasan terbaharu mereka,

Anker MagGo, sempena acara SEGI Game On Expo. Siri ini direka khusus untuk peranti pintar Apple iPhone yang menyokong pengecasan nirwayar MagSafe.

Pertama sekali, Anker memperkenalkan Anker MagGo Power Bank yang hadir dengan kapasiti pengecasan 10,000mAh dan kadar pengecasan nirwayar 15W menggunakan teknologi pengecasan Qi2.

Selain itu, bagi pengecasan berwayar, power bank ini dilengkapi dengan palam pengecasan 27W yang membolehkan pengguna mengecas peranti pintar yang tidak menyokong pengecasan nirwayar Qi2. Bagi mereka yang gemar akan aksesori berwarna-warni, Anker MagGo Power Bank hadir dalam pilihan warna putih, hitam, biru, dan merah jambu.

Anker Perkenal Aksesori Pengecasan MagGo Untuk Peranti Apple di Malaysia

Dengan tanda harga asal RM409, ia akan dijual pada harga promosi RM329 sempena pelancarannya pada 6 Julai 2024 di platform e-dagang Anker Malaysia seperti Lazada dan Shopee.

Selain itu, Anker Malaysia turut memperkenalkan dua model Anker MagGo Wireless Charging Station. Satu model mempunyai rekaan padat manakala model kedua hadir dengan tapak untuk membolehkan pengguna menggunakan peranti mereka sambil ia dicas.

Kedua-dua model ini menawarkan kemampuan pengecasan nirwayar serentak untuk peranti Apple iPhone, Apple AirPods, dan Apple Watch. Kadar pengecasan adalah 15W untuk Apple iPhone, manakala 5W untuk Apple Watch dan Apple AirPods.

Model padat dapat dilekapkan pada peranti iPhone melalui ciri MagSafe dan boleh digunakan sebagai pengecas walaupun di dalam kapal terbang apabila disambungkan pada pengecas USB dalam penerbangan. Ia juga boleh berfungsi sebagai tapak untuk peranti.

Model Charging Stand pula mempunyai rekaan menarik yang sesuai untuk diletakkan di meja pejabat atau meja kecil di tepi katil, menawarkan pengecasan serentak untuk iPhone, AirPods, dan Apple Watch.

Kedua-dua model MagGo Charging Station ini ditawarkan dengan harga asal RM699, tetapi sempena pelancaran siri ini, ia akan dijual pada harga promosi RM559 pada 6 Julai 2024 di kedai atas talian Anker Malaysia di Lazada dan Shopee.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hafiz Hamidun Lancar Single ZAMZAM, Meraikan Cinta Suci & Taat Setia Hajar

Ninot Aziz Meneroka Dunia Uthmaniyyah Tersembunyi Dalam Buku Terbaru