Tak dapat dinafikan, wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Apabila wanita mencapai peringkat umur 30 tahun ke atas, pastinya keanjalan dan kedutan pada kulit menjadi masalah utama kepada mereka.
Sebelum ini, satu pelancaran produk terbaru dari Safi diadakan seiring untuk membantu wanita memelihara dan mendapatkan kulit yang sihat dan cantik di mana jenama produk penjagaan kulit halal dan suci Safi Rania Gold telah memilih pelakon dan model terkemuka tanah air Rozita Che Wan sebagai duta terbarunya.
Produk yang dilancarkan pada tahun 2009 adalah produk anti-penuaan yang diperkaya dengan formulasi Teknologi Nano Emas 24K yang menjanjikan keupayaan untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55 peratus dalam hanya tiga minggu. Keistimewaan rangkaian produk penjagaan kulit eksklusif dari Safi ini diperkaya dengan protein mutiara serta vitamin B3 untuk mencerah , memulihkan kesegaran dan seri wajah di samping memperkuatkan struktur kulit.
Safi Rania Gold yang mempunyai sembilan rangkaian produk ini boleh dimiliki oleh setiap golongan wanita kerana harganya yang berpatutan.
Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold
Raikan Syawal ini dengan raut wajah yang berkilau umpama emas penuh keremajaan dan keanjalan bersama SAFI RANIA GOLD. Bersempena dengan bulan Ramadan Al Mubarak dan Syawal Nan Mulia yang bakal menjengah, SAFI RANIA GOLD mengambil langkah pro aktif dalam mendidik wanita tentang kepentingan penjagaan kulit bagi memastikan kesihatan dan struktur kulit terjaga serta keyakinan diri terpancar.
Bertempat di Dewan Serbaguna Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,Jalan Raja Laut, Majlis Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold ini dianjurkan dengan usahasama ahli jawatankuasa Puspanita KWSP. SAFI RANIA GOLD merupakan jenama produk anti penuaan dibawah jenama SAFI dengan formulasi Nano emas 24 karat dan vitamin B3 merawat tanda-tanda penuaan dari dalam sekaligus mengembalikan keremajaan kulit anda dalam masa 3 minggu.
“Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Adalah penting bagi wanita untuk menjaga kesihatan kulit dan penampilan mereka. Majlis ini dianjurkan sebagai sebuah wahana buat wanita memperkayakan diri mereka tentang penuaan,teknik penjagaan kulit serta pengunaan produk yang betul”,Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Kumpulan Produk SAFI.
Tambah beliau lagi, “Pada masa yang sama kami juga ingin berkongsi dengan para wanita tentang manfaat emas sebagai solusi kepada anti penuaan. Majlis ini juga memberikan ruang kepada wanita untuk mengetahui bagaimanakah komponen Nano Emas 24k bertindak terhadap partikel kulit, mengenal pasti rejim kecantikan yang betul serta memastikan mereka menggunakan dan mengetahui formulasi yang betul, agar tidak tertipu oleh lambakan jenama yang menjanjikan manfaat emas tetapi tidak pada kualiti dan kandungannya”.
Lebih menarik lagi majlis tersebut turut mengundang Dr Anjalee Nair, seorang pakar estetik terkemuka yang berkongsi tentang topik penuaan bersama tetamu yang hadir. Beliau berkongsi secara mendalam apakah itu konsep penuaan,punca-punca, serta apakah solusi untuk penuaan serta cara merawatnya. Para tetamu yang hadir turut diberi ruang untuk bertanyakan kepada Dr tentang isu-isu berkaitan dengan masalah kesihatan kulit,terutamanya penuaan.
Duta SAFI RANIA GOLD pelakon, usahawan dan seorang ibu, Rozita Che Wan turut hadir bagi sama-sama berkongsi rahsia kecantikan dan keyakinan beliau bersama para tetamu. Selain menggunakan rangkaian produk SAFI RANIA GOLD sebagai rejim kecantikan beliau, penggunaan serum adalah satu kemestian dan serum SAFI RANIA GOLD mudah digunakan, meresapkan dengan pantas,tidak melekit dan membantu mengembalikan keanjalan kulit dalam masa 3 minggu – mengurangkan kedutan serta garis halus sehingga 55 peratus.
Rozita juga menggemari Skrub SAFI RANIA GOLD, “butiran skrubnya lembut kepada kulit, mempunyai haruman yang lembut serta mampu menanggalkan sel kulit mati dengan berkesan”. Beliau juga turut mengambil masa untuk beramah mesra bersama para tetamu dan menyampaikan kepada mereka cenderahati esklusif dari SAFI RANIA GOLD.
Ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis KWSP
Dua orang Hos yang mengendalikan Majlis
Kehadiran Duta Produk Safi Rania Gold, Rozita Che Wan
Penerangan tentang Kulit Anjal Merentasi Masa – Manfaat emas serta langkah mudah untuk kulit muda bermaya bersama Dr Anjalee Nair.
SAFI RANIA GOLD
Dilancarkan pada tahun 2009, SAFI RANIA GOLD adalah produk anti – penuaan yang diperkaya dengan formulasi Teknologi Nano Emas 24K yang menjanjikan keupayaan untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55% dengan membaiki keanjalan kulit dalam hanya 3 minggu.
SAFI
Jenama SAFI di lancarkan pada tahun 1985 dengan rangkaian minyak wangi, talkum dan deodoran. Kemudian rangkaian produk SAFI diperkembangkan dengan kehadiran produk penjagaan kulit muka. Pada tahun 1999, jualan rangkaian produk SAFI melonjak apabila ia muncul dengan reka bentuk bungkusan produk yang lebih moden dan feminin.
Kini, SAFI menawarkan produk penjagaan kulit muka, ubat gigi, syampu,deodoran, talkum, seleksi produk kosmetik, penata gayaan rambut, produk penjagaan peribadi wanita dan juga produk mandian. SAFI merupakan jenama terbesar WIPRO UNZA (Malaysia) Sdn Bhd semenjak tahun 2005.