in , ,

MXI & Adi Priyo Bergabung Dalam Single Terbaru AKU SEDANG SEDIH

MXI adalah sebuah kumpulan muzik yang berasal daripada Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada tahun 2022. Kini melancarkan sebuah single terbaharu berjudul AKU SEDANG SEDIH.

Kumpulan ini menghasilkan dan memainkan lagu-lagu dalam genre Pop Rock. Nama MXI, yang bermaksud “Mission Not Impossible,” dipilih oleh ahli kumpulan sebagai simbol bahawa setiap kejayaan adalah mungkin dengan usaha yang gigih.

Ahli-ahli kumpulan terdiri daripada muka lama dan muka baru dalam industri muzik Malaysia, dengan Ocin sebagai penyanyi, Epul Kuat sebagai pemain gitar utama, Faiz Haled sebagai pemain gitar kedua, Jason sebagai pemain gitar bass, Juin sebagai pemain keyboard, dan Ejam sebagai pemain drum.

MXI & Adi Priyo Bergabung Dalam Single Terbaru AKU SEDANG SEDIH

Selepas melancarkan album sulung mereka yang bertajuk “Peluang,” MXI kini merancang untuk menghasilkan album kolaborasi yang diberi nama “featuring.” Album ini akan menampilkan artis-artis lain dalam setiap lagu.

Idea ini tercetus kerana mereka melihat tiada lagi pihak yang menghasilkan konsep sebegini, dan mereka yakin perancangan ini akan memberikan kelainan dan menarik minat peminat muzik. Sebagai langkah pertama, MXI telah menampilkan Adi Priyo daripada Kumpulan 6ixth Sense dalam single pertama mereka yang berjudul “Aku Sedang Sedih.”

Lagu “Aku Sedang Sedih” adalah ciptaan Natasyah dan MXI, dengan lirik sepenuhnya oleh Natasyah. Lagu ini menceritakan tentang perasaan sedih dan kehilangan seseorang yang dicintai. Liriknya menyampaikan kesedihan yang dialami kerana ditinggalkan oleh kekasih.

MXI & Adi Priyo Bergabung Dalam Single Terbaru AKU SEDANG SEDIH

Di bahagian bridge dan chorus, ia memohon kekuatan dan berdoa kepada Tuhan untuk merelakan kepergian itu serta berharap untuk mendapatkan pengganti yang lebih baik di masa akan datang. Keseluruhan lagu ini menggambarkan kekecewaan yang ingin digantikan dengan kebahagiaan.

Harapan Kumpulan MXI dan teman kolaborasinya, Adi Priyo, adalah agar lagu “Aku Sedang Sedih” mendapat sambutan dan penerimaan yang baik oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia, Singapura, dan Brunei.

Pihak MXI juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan dan menjayakan lagu ini.

Single ini akan dilancarkan pada 5 Julai ini pada jam 5 petang dan akan mula ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MAPMUSIC. Selain itu, lagu ini juga boleh dimainkan dan didengari melalui aplikasi penstriman dalam talian seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok, dan YouTube Music.

Untuk terus mengikuti perkembangan Kumpulan MXI, anda boleh mengikuti mereka di media sosial berikut:

  • Facebook: MXI BAND
  • Instagram: @mxi_band
  • TikTok: @mxi_band
  • Threads: @mxi_band

Song Title: Aku Sedang Sedih

Lagu: Natasyah / Faiz Haled / Epul / Ejam Coda / Juin

Publishing: OP Puteh Entertainment / SP Taja Archive Sdn. Bhd.

Lirik: Natasyah

Publishing: OP Media Asia Production Sdn. Bhd

Full Lyric >>>

Verse 1:

Aku sedang sedih

Kekasihku pergi

Meninggalkan aku

Sendiri

Verse 2:

Semuanya terjadi

Saat aku masih

Benar-benar mencintai

Dia

Chorus 1:

Tuhan tolonglah aku

Kuatkan hatiku

Merelakan dia

Verse 3:

Semuanya terjadi

Saat aku masih

Benar-benar mencintai

Dia

Bridge:

Takkan layu hatiku

Hanya kerna dirimu

Mematahkan cintaku

Tuhan tolonglah aku

Chorus2:

Tuhan tolonglah aku

Kuatkan hatiku

Merelakan dia

Tuhan berilah aku

Pengganti yang lebih

Mencintai aku

Chorus 3:

Tuhan tolonglah aku

Kuatkan hatiku

Merelakan dia

Tuhan berilah aku

Pengganti yang lebih

Mencintai aku

Outro:

Aku sedang sedih

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zahirah Macwilson Ditegur Kerana Babak Merokok, Betul Ke Artis Kena Tegas?

Usanita Perkukuh Kerjasama Kreatif di Jakarta Untuk Tembusi Pasaran Serantau