in ,

Netizen Terkejut Tengok Baju Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris

Ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan rekaan baju tersebut, yang dikatakan terlalu biasa dan tidak menonjol.

Media sosial kecoh dengan isu baju rasmi kontinjen Malaysia untuk Sukan Olimpik Paris 2024 yang dikatakan kurang memuaskan. Ramai yang kecewa dengan rekaan baju yang kelihatan terlalu biasa dan tidak menonjol. Lebih mengecewakan, pelancaran baju tersebut dilakukan dengan hanya menggunakan patung.

Netizen Terkejut Tengok Baju Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris

Di ruangan komen Instagram @olympicmas, ramai netizen memberi pelbagai komen negatif tentang baju tersebut. Ada yang tertanya-tanya di mana corak harimau yang selalu menjadi identiti Malaysia. Ada juga yang membandingkan baju itu dengan baju hari keluarga dan baju jersi keluaran Kieda Crepe yang jauh lebih menarik.

Netizen Terkejut Tengok Baju Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memberitahu bahawa pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak terlibat dalam rekaan baju tersebut. Keputusan rekaan dibuat oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan kerjasama pengeluar barangan sukan, Yonex. Walaupun kenyataan ini sedikit sebanyak meredakan keadaan, kritikan terhadap rekaan baju tersebut masih berterusan di media sosial.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Studio Fotografi Telefon Pintar Pertama Malaysia Dibuka di Pavilion Bukit Jalil

JAIS Minta Semua Pihak Tangguh Semua Program Ustaz Don Daniyal