in , ,

Seafood Festival Anjuran FriedChillies di Sunway Putra Mall 22 & 23 Jun!

Seafood Festival kini sedang berlangsung di Sunway Putra Mall hari ni 22 & 23 Jun. Jom datang beramai ramai!

Jika anda tidak mempunyai sebarang rancangan dan sedang mencari hidangan makanan laut yang lazat, anda boleh mengunjungi Festival Makanan Laut yang sedang berlangsung di Sunway Putra Mall pada 22 dan 23 Jun ini.

Acara yang cukup menarik ini menyasarkan untuk menarik 15 ribu pengunjung dari seluruh negara.

Menurut CEO FriedChillies, Mohd Adly Rizal, festival ini menonjolkan harga yang sangat berbaloi, membuktikan bahawa makanan laut tidak semestinya mahal.

“Seafood Festival ini akan membawakan pelbagai kombo unik yang tidak dapat ditemui di tempat lain, dengan harga yang memang berpatutan. Kami mahu semua orang merasai kesedapan makanan laut tanpa perlu risau tentang harga,”

– Mohd Adly
Jom Ke Seafood Festival Di Sunway Putra Mall 22 & 23 Jun!

Acara santai yang dianjurkan oleh FriedChillies ini menampilkan pelbagai hidangan dan masakan makanan laut yang enak dan unik.

Budiey berkesempatan untuk mencuba semua makanan yang dijual di 15 gerai. Haa, semuanya memang terbaik dan memuaskan hati. Pelbagai usahawan turut terlibat, termasuk usahawan udang galah seperti Mros dan pengusaha tiram dari Penang Oyster Farm.

Festival ini juga akan mengetengahkan usahawan dan chef yang masing-masing membawa keunikan tersendiri.

“Semua chef dan usahawan yang terlibat adalah yang terbaik dalam bidang mereka. Mereka mempunyai keistimewaan masing-masing yang akan memberikan pengalaman yang unik kepada pengunjung,”

– Mohd Adly

Salah satu daya tarikan utama festival ini adalah penyertaan 15 Seafood Master dalam satu lokasi. Pengunjung akan berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan laut yang disediakan oleh pakar-pakar ini.

“Kesemua hidangan memang sedap. Kami di Fried Chillies boleh jamin, In Shaa Allah,”

– Mohd Adly

Festival ini juga akan menampilkan usahawan udang galah, MRos, dan usahawan tiram dari Penang Oyster Park. Kedua-dua mereka akan membawa hasil laut segar terus dari ladang mereka sendiri.

SEAFOOD FESTIVAL DI SUNWAY PUTRA MALL 22 & 23 JUN!

Budiey mendapati Sunway Putra Mall adalah tempat yang sesuai untuk acara seperti ini kerana mall ini selesa dan mempunyai butik-butik yang unik di Kuala Lumpur. Kedai-kedai di sini juga menarik dan memudahkan pengunjung untuk menikmati makanan.

Semua makanan yang disediakan adalah segar dan diperoleh terus dari ladang. Selain daripada makanan, terdapat pelbagai aktiviti lain yang disediakan seperti pertandingan makan, pertandingan mewarna, dan banyak lagi.

Tidak hanya itu, festival ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur. Antaranya termasuk pertandingan makan, demo membuat seafood chowder, serta persembahan muzik secara langsung dari Disko Santan. Bagi kanak-kanak, terdapat juga pertandingan mewarna dan pertandingan fotografi.

Dengan pelbagai tawaran menarik dan jaminan kesegaran, Seafood Festival 2024 pasti akan menjadi destinasi yang wajib dikunjungi bagi pencinta makanan laut.

Ruang makan turut disediakan di ruang legar Sunway Putra Mall untuk kemudahan pengunjung. Jadi, jom datang beramai-ramai ke Festival Makanan Laut ini dan nikmati pengalaman kulinarinari yang menakjubkan.

https://flic.kr/p/2pYWoZo
Jom Ke Seafood Festival Di Sunway Putra Mall 22 & 23 Jun!
Jom Ke Seafood Festival Di Sunway Putra Mall 22 & 23 Jun!
Jom Ke Seafood Festival Di Sunway Putra Mall 22 & 23 Jun!
Jom Ke Seafood Festival Di Sunway Putra Mall 22 & 23 Jun!
Jom Ke Seafood Festival Di Sunway Putra Mall 22 & 23 Jun!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Itu Tak Benar! Ogy Nafi Dakwaan Rujuk Semula Dengan Eman Manan

Musim Baharu Persembahan di Encore Melaka Cukup Hebat & Memukau