AirAsia hari ini meraikan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pattaya yang merupakan bandar kelapan terbesar di Thailand. Ia juga terkenal dengan pemandangan pantai yang indah dan pelbagai tarikan menarik.
Penerbangan pertama dengan hampir 90 peratus faktor muatan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) pada jam 11.20 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa U-Tapao–Rayong–Pattaya pada jam 12.05 tengah hari. Para tetamu dalam penerbangan AK840 diraikan dengan pancuran air sewaktu ketibaan di Pattaya dan disambut meriah oleh AirAsia Allstars, wakil dari Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand.
Penyambungan semula laluan ke Pattaya menandakan laluan terus kesembilan oleh syarikat penerbangan ini ke Thailand dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang selepas Bangkok (Don Mueang), Bangkok (Suvarnabhumi), Krabi, Chiang Mai, Phuket dan Hatyai.