in , ,

Peraduan Menangi Tiket Menonton di Tayangan Istimewa Filem TWISTERS

Nah! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia yang melayari portal ini! Apa korang tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah tiket menonton yang ditawarkan.

Mahukah anda menghadiri Tayangan Istimewa filem aksi berkonsepkan bencana alam ribut taufan atau puting beliung terbaru berjudul TWISTERS? Ya, cukup istimewa buat pembaca Budiey.com, di mana anda dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 16 Julai 2024.

Kalau anda mahu hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton terawal menyaksikan filem yang diarahkan oleh Lee Isaac Chung ini.

1sht-Twisters_Main

Setelah 28 tahun, dan ketika filemnya sudah dianggap tidak mungkin ada sambungan, prekuel, ataupun dibuat semula, tiba-tiba filem ini muncul lagi pada tahun 2024. Pengumuman mengenai filem ini telah mencetuskan banyak perbincangan di kalangan pencinta filem, yang semuanya merasakan tak sangka akan pembikinan filem ini.

Dirilis selepas filem klasiknya TWISTER pada tahun 1996. TWISTERS 2024 disutradarai oleh Lee Isaac Chung. Selepas menonton trailer filem ini, sudah tentu anda rasa tertarik untuk menonton, bukan?

Filem ini bukan sekadar sekuel dari filem Twister 1996, tetapi ini adalah sekuel mandiri. Sekadar makluman, sekuel mandiri adalah karya (filem) lanjutan, yang boleh dinikmati tanpa perlu menonton atau mengetahui tentang filem sebelumnya. 

Jadi, meskipun TWISTERS 2024 ada hubungannya dengan TWISTER 1996, anda boleh menonton TWISTERS tanpa perlu menonton semula atau mengetahui banyak tentang TWISTER. Jadi, tidak perlu risau kebingungan atau kehilangan jalan ceritanya. 

Selain dua bintang utama iaitu Glen Powell dan Daisy Edgar Jones, filem ini juga diramaikan oleh barisan bintang sokongan. Antaranya, Maura Tierney, Brandon Perea, dan Kiernan Shipka. Kehadiran mereka tentunya akan membuatkan filem TWISTERS lebih menarik.

Sinopsis Filem TWISTERS

Filem ini masih menghadirkan momen dan babak tegang dan penuh aksi tentang pemburu ribut yang berani menghadapi tornado maut untuk mengejar pengetahuan dan keselamatan. 

Kali ini, kisahnya mengisahkan perjalanan epik Kate Cooper (Daisy Edgar-Jones), bekas pemburu ribut yang terpaksa kembali ke dataran untuk menghadapi fenomena alam yang semakin ganas. Bersama rakannya, Tyler Owens (Glen Powell) dan Javi (Anthony Ramos), mereka meneroka dan mencuba teknologi cuaca canggih dalam usaha untuk ‘memahami dan mungkin mengawal tornado’ yang semakin tidak dijangka akibat kesan perubahan iklim.

Filem ini akan berada di pawagam mulai 17 Julai 2024.

TWISTERS

Peraduan Tayangan Istimewa Filem TWISTERS

Budiey Channel ingin menghadiahkan 73 tiket untuk pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan istimewa yang cukup eksklusif ini. Acara tayangan ini akan diadakan pada:

Tarikh:: 16 Julai 2024 (Selasa)

Masa Pendaftaran: 8:00 malam

Masa Tayangan : 8.30 malam

Lokasi : TGV 1 Utama

Sebanyak 73 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda yang mahu menyertai peraduan ini hanya perlu menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Istimewa TWISTERS  di TGV 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #TwistersMovie

Twisters

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Channel dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah yang mengarah filem TWISTERS

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem TWISTERS kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem TWISTERS – Budiey Channel 

Tarikh tutup peraduan: 14 Julai 2024

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada Warner Bros Malaysia di atas hadiah dan kerjasama. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Tiket Menonton Filem FLY ME TO THE MOON

AirAsia Sambung Semula Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pattaya, Thailand