in , ,

Picnic in the Park Suria KLCC Kembali Lagi! Ini Cara Untuk Anda Dapatkan Slot

Layari pengembaraan ‘fairy-tale’ di ‘Picnic in the Park’ Suria KLCC Rasai pengembaraan magis melalui suasana piknik mewah, aktiviti interaktif dan simfoni musikal indah!

Destinasi beli-belah ikonik Malaysia, Suria KLCC, kini kembali dengan aktiviti riadah yang mendapat sambutan hangat di kalangan para pengunjung pada tahun lalu. Selepas kejayaan luar biasa debutnya pada tahun 2023, “Picnic in the Park” 2024 menjanjikan pengalaman yang lebih mempesonakan untuk seisi keluarga serta para pengunjung pada tahun ini. Acara ini merupakan salah satu tarikan utama di Suria KLCC, yang terus berusaha untuk menawarkan pengalaman yang unik dan menarik bagi para pengunjungnya.

Picnic in the Park Suria KLCC Kembali Lagi! Ini Cara Untuk Anda Dapatkan Slot

Bermula dari 7 sehingga 21 Jun, para pengunjung berpeluang untuk menebus slot bagi merasai pengalaman sambutan piknik eksklusif yang dianjurkan oleh Suria KLCC. Aktiviti ‘Picnic in the Park’ ini dimulakan dengan acara media pada hari ini, yang akan memberikan gambaran menyeluruh tentang apa yang boleh dijangkakan oleh para pengunjung. Acara piknik ini seterusnya akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad di antara 15 sehingga 23 Jun, khusus untuk para pengunjung yang telah berjaya mendapatkan slot mereka.

Picnic in the Park Suria KLCC Kembali Lagi! Ini Cara Untuk Anda Dapatkan Slot

Untuk layak menebus slot ini, para pengunjung perlu berbelanja sebanyak RM2,500 ke atas melalui dua resit yang bertarikh antara 7 sehingga 21 Jun. Mereka yang memenuhi syarat ini akan layak menebus empat keping tiket “Picnic in the Park”. Aktiviti eksklusif dan menarik ini terhad kepada 55 kumpulan, dengan setiap kumpulan terdiri daripada empat orang pengunjung setiap hari. Ini memastikan setiap peserta dapat menikmati pengalaman yang eksklusif dan tidak terlalu sesak.

Picnic in the Park Suria KLCC Kembali Lagi! Ini Cara Untuk Anda Dapatkan Slot

Pengalaman eksklusif ini tidak hanya terhad kepada piknik semata-mata. Ia juga akan membawakan persembahan yang bertakhtakan pemandangan matahari terbenam yang berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas. Para pengunjung boleh menikmati suasana yang memukau ini bermula dari jam 5 petang sehingga 8:30 malam. Selain daripada menikmati makanan dalam suasana yang indah, pengunjung juga dapat menyaksikan pelbagai persembahan yang disediakan, menambah lagi kemeriahan dan keunikan acara ini.

Picnic in the Park Suria KLCC Kembali Lagi! Ini Cara Untuk Anda Dapatkan Slot

“Picnic in the Park” 2024 benar-benar menawarkan pengalaman yang tidak boleh dilepaskan, menggabungkan suasana piknik yang santai dengan keindahan latar belakang yang menakjubkan. Para pengunjung dijemput untuk merasai sendiri keistimewaan acara ini dan menikmati detik-detik istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan di Suria KLCC. Dengan segala persiapan dan aktiviti yang dirancang, acara ini pasti akan mencipta kenangan manis bagi semua yang hadir.

Picnic in the Park Suria KLCC Kembali Lagi! Ini Cara Untuk Anda Dapatkan Slot

“Kami amat teruja untuk membawa kembali pengalaman ‘Picnic in the Park’ Suria KLCC untuk tahun kedua,”

“Aktiviti ini membolehkan kami mempersembahkan keindahan Taman KLCC dan menawarkan para pengunjung pengalaman yang tidak dapat dilupakan. “

“Dengan suasana yang mempesonakan diatur khas selain dari aktiviti eksklusif yang menarik, aktiviti ‘Picnic in the Park’ ini pastinya akan menjadi pengalaman luar biasa yang akan dihargai oleh para pengunjung.”

– Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd
Picnic in the Park Suria KLCC Kembali Lagi! Ini Cara Untuk Anda Dapatkan Slot

Para peserta akan disambut dalam suasana bertemakan ‘Garden Fairies’ yang penuh dengan hiasan magikal. Tidak kurang dari itu, aktiviti ini juga lengkap dengan hiasan landskap piknik yang menarik yang bakal menjadi tumpuan untuk sesi fotografi. Dekorasi khemah ‘teepee’ dan meja piknik yang dihiasi dengan susunan bunga dan lampu yang memukau juga disasarkan bakal menjadi tumpuan para peserta. 

Picnic in the Park Suria KLCC Kembali Lagi! Ini Cara Untuk Anda Dapatkan Slot

Setiap kumpulan akan menerima bakul piknik yang mengandungi pelbagai aksesori dan barangan keperluan khas, termasuk pelindung matahari Guardian, tisu basah, dan pelekat Buzzaway Patch; kipas mini tangan Remax; permainan gelembung bebas toksik dan buku aktiviti dari Toys “R” Us; bersama dengan air mineral dan banyak lagi.

Pengalaman bermakna ini juga tidak lengkap tanpa juadah yang beraneka dan melazatkan. Hidangan dari Burger & Lobster, dilengkapi dengan sajian manisan dari stesen ‘flaaah and ONO’ yang menawarkan pelbagai pilihan ‘hojicha’, ‘matcha’, dan pastri yang enak. Selain itu, tetamu juga boleh mendapatkan gula-gula kapas dan ais-krim dari gerai yang disediakan.

Picnic in the Park Suria KLCC Kembali Lagi! Ini Cara Untuk Anda Dapatkan Slot

Suasana indah dan magis tidak lengkap tanpa kehadiran si Pari-Pari. Penghibur yang akan mengenakan kostum pari-pari akan bermesra dan berinteraksi dengan pengujung untuk sesi bergambar selain daripada mengendalikan aktiviti seperti membuat mahkota bunga. 

Aktiviti menarik yang lain termasuk aktiviti mengukir belon bunga dan bergambar di ruang OOTD yang dihias dengan landskap unik di mana para pengunjung berpeluang menggayakan sayap pari- pari untuk gambar kenangan yang akan diedarkan secara percuma dalam bentuk cetakan instax juga turut tersedia.

Picnic in the Park Suria KLCC Kembali Lagi! Ini Cara Untuk Anda Dapatkan Slot

Para pengunjung juga boleh menyertai bengkel ‘succulent planting’, bengkel “layering” minyak wangi dan sesi urutan tangan yang akan dikendalikan oleh The Body Shop, selain dari aktiviti solekan yang akan dijalankan di stesen Gucci Beauty.

Picnic in the Park Suria KLCC Kembali Lagi! Ini Cara Untuk Anda Dapatkan Slot

Debaran aktiviti cabutan bertuah akan meningkatkan keterujaan setibanya waktu malam apabila pelbagai hadiah menarik turut menanti para pengunjung yang dibawakan khas oleh Burger & Lobster dan juga Hoka.

Picnic in the Park Suria KLCC Kembali Lagi! Ini Cara Untuk Anda Dapatkan Slot

Buat sekian kalinya, Orkestra Filharmonik Malaysia akan memukau para tetamu dengan persembahan indah ‘string quintet’. Aktiviti piknik malam itu akan diakhiri dengan persembahan kemuncak menakjubkan dari Pertunjukan Pancuran Taman Tasik KLCC.

Untuk info lanjut, layari http://www.suriaklcc.com.my http://www.facebook.com/Suria KLCCMall

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Nuha Bahrin Kini Berpayung Di Bawah Label EMI Muzik Malaysia

Converse Perkenalkan Siluet Terbaharu: Run Star Trainer Yang Lebih Versatil