in , ,

Astro Shaw Umum Barisan Pelakon Untuk Filem Kahar Kapla High Council

Astro Shaw Perkenal ‘Lesen High Council’ untuk peminat sertai aktiviti bersama pelakon KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL

Astro Shaw mengumumkan pemilihan aktor Aedy Ashraf untuk membawakan watak Beja, serta model dan bakat baru Sky Iskandar untuk watak Megat yang akan digandingkan dengan Amir Ahnaf sebagai Kahar, untuk filem prekuel kepada siri fenomena, High Council iaitu KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL.

Selain itu, dua watak lain turut dipilih menerusi sesi uji bakat adalah Thompson Goh sebagai Li dan Khenobu sebagai Jojo. Majlis pengumuman ini telah berlangsung di LMP, Lumi Tropicana, Petaling Jaya.

AEDY ASHRAF, SKY ISKANDAR & 90 INDIVIDU DIPILIH PEGANG WATAK DALAM FILEM ‘KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL’

Pada bulan Mac lalu, sesi uji bakat pencarian watak Beja, Megat dan watak-watak lain telah diadakan untuk filem ini. Lebih 1,000 calon hadir dan atas sambutan menggalakkan, Astro Shaw membuat keputusan untuk memilih 90 individu daripada sesi tersebut bagi menjayakan watak-watak sokongan. Sesi penggambaran bakal dijalankan pada penghujung Jun 2024. 

AEDY ASHRAF, SKY ISKANDAR & 90 INDIVIDU DIPILIH PEGANG WATAK DALAM FILEM ‘KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL’
Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad

Penerbit Eksekutif Filem Kahar Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Selepas Astro Shaw mengumumkan penghasilan filem Kahar Kapla High Council pada awal tahun ini, kami telah merangka strategi pemasaran dan publisiti khusus untuk memberi keterujaan kepada penonton dan peminat. Rentetan daripada fenomena luar biasa siri premium ‘High Council’, kami mahu peminat turut terlibat dan menjadi sebahagian filem ini. Inisiatif pertama adalah buat julung kali kami membuka peluang kepada peminat menerusi sesi uji bakat, dan inisiatif kedua adalah memperkenalkan ‘Lesen High Council’.

“Alhamdulillah lebih 1,000 calon telah menghadiri sesi itu, termasuklah Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh serta Khenobu. Hari ini, kami juga akan mengumumkan nama-nama yang terpilih sebagai watak sokongan. Pemilihan mereka berdasarkan ciri-ciri dan keserasian yang menepati dengan apa yang kami mahukan. Kami berani mempertaruhkan gandingan muka-muka baru dan amat yakin dengan kemampuan serta bakat mereka yang boleh digilap.”

Peminat High Council pasti sinonim dengan terma popular yang menjadi simbolik kepada drama premium itu iaitu ‘lesen’ keahlian High Council. Sejajar itu, Astro Shaw memperkenalkan ‘Lesen High Council’ iaitu pas eksklusif untuk menjadi ahli ‘High Council Universe’.

AEDY ASHRAF, SKY ISKANDAR & 90 INDIVIDU DIPILIH PEGANG WATAK DALAM FILEM ‘KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL’
Razaisyam Rashid

Menerusi pas ini, peminat berpeluang untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti akan datang. Untuk fasa pertama, peminat perlu layari portal hiburan popular Malaysia, Gempak dan jawab 100 soalan. 100 pemenang terawal akan memperoleh pas, lalu berpeluang untuk menyertai aktiviti yang dihadiri barisan pelakon.

Filem Kahar Kapla High Council dijangka menemui penonton pada hujung tahun ini dan diarahkan oleh pengarah drama premium Anchor SPM iaitu Razaisyam Rashid. Manakala skrip ditulis oleh pasukan Astro Shaw yang diketuai oleh pengarah High Council, Anwari Ashraf bersama salah seorang penulis High Council, Luqman Alhakim Sheikh Ghazali.

Filem Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council dan masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Amir Ahnaf sebagai Kahar. Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rekaan Praktikal Liyanacollection Menyerlah di Shopee Live

Miniso PINK STORE di Pavilion Bukit Jalil Telah Dibuka Pada 15 Jun