in , ,

Tonton Original: Mak Cun, Mai Singgah! Konflik Musim Ini Lebih Mencabar

Mak Cun, Mai Singgah! Hanya Di Tonton Apa Pula Konflik Yang Bakal Mak Cun Hadapi Musim Ini?

Mak Cun mai singgah lagi! Sering dianggap sebagai ketua di kawasan kampungnya dek kerana sentiasa bersemangat dalam memartabatkan produk-produk usahawan tempatan beliau, namun perniagaan Mak Cun tidak semudah itu. 

Berjayakah Mak Cun menghadapi segala kerenah dan juga musibah yang bakal melanda perniagaannya? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk saksikan Tonton Original: Mak Cun, Mai Singgah! yang kini ditayangkan khas melalui platform penstriman Tonton yang menyiarkan dua episod setiap hari Khamis, bermula pada 23 Mei 2024.

Tonton Original: Mak Cun, Mai Singgah! Konflik Musim Ini Lebih Mencabar

Tonton Original Series: Mak Cun, Mai Singgah! merupakan hasil terbitan Rumah Karya Citra yang diarahkan oleh Bahri Uma. Siri drama komedi 12 episod ini juga menampilkan barisan muka lama dan baharu yang bakal mencuit hati peminat-peminat Mak Cun dengan lawak santai mereka. 

Antara nama-nama besar yang masih beraksi dalam drama bersiri ini Eirma Fatima, Datin Seri Umie Aida, Dato’ Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan, dan ramai lagi.  Pelakon-pelakon handalan Nad Zainal, Ogy Ahmad Daud, Adlin Aman Ramlie, Ziana Zain, Mustapha Kamal, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi turut mewarnai lagi musim baru ini.

Mak Cun (Eirma Fatima) terkenal dengan perniagaan Mak Cun Mart yang menjadi hab usahawan tempatan bagi memulakan bisnes mereka. Tak cukup dengan kerenah pekerjanya yang bukan sahaja melarikan diri dan mencuri duit dari kedainya, Mak Cun juga sering mendapat aduan daripada Baim (Bima Samudra), pemilik kedai roti dan Cik Pah (Datuk Fauziah Ahmad Daud), pemilik kedai butik berhampiran. 

Tonton Original: Mak Cun, Mai Singgah! Konflik Musim Ini Lebih Mencabar

Muncul pula usahawan wanita baharu dan penyanyi terkenal Ishalana (Ziana Zain) yang telah menapakkan perniagaannya berhampiran Mak Cun Mart. Kehadiran Ishalana memberi impak yang sangat menjengkelkan kepada Cik Pah dan membuatkan Cik Pah begitu marah kerana Ishalana meniru rekaan tudung dan baju jubah. 

Mak Cun, Cik Pah dan juga Baim merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kedai mereka. Adakah ia berpunca daripada buatan orang yang dengki terhadap mereka? Atau adakah perniagaan mereka bertiga  disihir?

Jangan lupa saksikan Tonton Original Series: Mak Cun, Mai Singgah! secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang telah mula ditayangkan 23 Mei 2024! Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ninot Aziz Lancar Buku LEYLA’S QUEST: Echoes of Uthmaniyah di PBAKL

TRAVEL

Netizen Luah Rasa Ingin Putus Asa Dalam Hidup Gara-gara Terlampau Letih