Selepas sekian lama ditunggu-tunggu, akhirnya cawangan pertama Apple Store di Malaysia bakal dibuka tidak lama lagi di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
Khabar berita tentang pembukaan premis teknologi tersebut di Malaysia itu telah mula tersebar sejak tahun 2016 lagi sebelum kembali tular pada tahun 2022 selepas beberapa peluang pekerjaan ditawarkan di Apple Store Malaysia.
Apple Store di TRX Exchange akan menjadi Apple Store keenam di rantau ini, dengan Singapura mempunyai tiga dan Thailand memiliki dua.
Anda mungkin tertanya-tanya apakah perbezaan antara Apple Store dan Penjual Semula Premium Apple (APR) sedia ada seperti Machines, Switch dan lain-lain yang ada di negara ini.
Apple menerusi laman web rasmi mereka telah memaklumkan bahawa pembukaan cawangan Apple Store pertama di Malaysia akan dibuka pada 22 Jun jam 10 pagi bertempat di The Exchange TRX.
Kepada anda yang tertanya-tanya di mana lokasi ini terletak di dalam The Exchange TRX, ia berada di bahagian luar di mana anda perlu keluar dari pintu kaca sekiranya menaiki eskalator daripada bahagian tengah berhampiran Kenny Hills Bakers On The Park.
Sekiranya anda mahu menaiki lif dari tingkat bawah pula, boleh tekan butang pada tingkat 1.
Walaupun produk dan harga adalah sama, konsep dan pengalaman berbeza.
Dalam Apple Store, wujud bahagian yang dipanggil sebagai ‘Genius Bar’ di mana pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan pakar serta pelbagai jenis sokongan untuk telefon keluaran Apple.
Jika anda pernah ke mana-mana Apple Store di luar negara, sama ada di Thailand, Singapura, China, Eropah, malah AS, anda mungkin perasan perbezaannya.
Selain itu, terdapat bahagian dalam kedai yang dipanggil Genius Bar, di mana pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan pakar dan sokongan segala-galanya, daripada menyediakan peranti untuk memulihkan ID Apple untuk menggantikan skrin.
Pertama, saiz kedai yang unik dan besar, yang kebiasaannya lebih besar daripada APR, selain menawarkan lebih banyak produk untuk dinikmati.
Selain saiz kedai, terdapat bahagian dan aktiviti yang tidak ditawarkan oleh APR.
Ini termasuk aktiviti seperti ‘Today at Apple’, sesi pembelajaran percuma yang biasanya diketuai oleh pakar Apple yang digelar Creatives, meliputi pelbagai topik seperti fotografi, seni dan reka bentuk, pengekodan, video, muzik, kebolehaksesan, perniagaan dan pendidikan .
Di samping itu, terdapat juga sesi bersemuka secara langsung yang membantu anda menetapkan peranti dan menyediakannya untuk digunakan.
Kakitangan Apple boleh menunjukkan kepada anda cara untuk mendapatkan lebih banyak kegunaan daripada produk yang anda gemari, malah berkongsi tip kesukaan mereka.
Apple Store, The Exchange TRX
- Lokasi: L1.40 The Exchange TRX, Persiaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur.
- Masa operasi: Dibuka setiap hari jam 10:00 pagi sehingga 10:00 malam.
- Nombor telefon: 1800-80-6419
Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari laman web mereka dengan klik SINI.