in

PERTANDINGAN AKHIR BINTANG KLASIK NASIONAL 2008

PERTANDINGAN AKHIR BINTANG KLASIK NASIONAL 2008

2 FINALIS BERENTAP DALAM PERTANDINGAN AKHIR BINTANG KLASIK NASIONAL 2008 “IRAMA SEPANJANG ZAMAN’.

Menjelang Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008 yang bakal berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 10 Ogos 2008, pukul 9 malam, ayuh kita mengenali 12 peserta akhir yang bakal berentap nanti dengan lebih dekat. 

Muhammad Alif Kadim yang lebih selesa dengan panggilan Alif sudah mula menjiwai lagu-lagu Melayu Klasik sejak usia semuda 17 tahun. Dilahirkan pada 20 Oktober 1991, Alif kini menetap bersama keluarga di Cheras, Kuala Lumpur.  Menurut Alif, “sungguhpun sebelum ini pernah menyertai banyak pertandingan seperti Pertandingan Bintang Remaja IYC, Pertandingan Lagu-Lagu Asli Remaja Selangor dan Pertandingan Festival Nasyid DBKL 2007, debaran menanti Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008 adalah lebih hebat”. Justeru, menurut anak muda ini, latihan vokal dan penghayatan lirik kini menjadi fokus beliau selepas waktu persekolahan. Dalam Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008 nanti, Alif akan mendendangkan lagu yang pernah dipopularkan oleh Dato’ Ahmad Jais iaitu Mungkin Bersama.

Sabihah Abdul. Wahid, si gadis kecil molek ini telah kerap menyertai acara pertandingan nyanyian yang dianjurkan di sekitar  Lembah Klang khususnya yang diadakan oleh stesen radio KLfm.  Platform  pertandingan nyanyian  memainkan peranan dalam usaha mempertingkatkan kemampuannya dalam bidang seni suara dan seterusnya untuk menyiapkan diri bagi  menghadapi Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008. Sabihah, penuntut ASWARA (Akademi Seni Kebangsaan dan Warisan Negara) dalam bidang vokal turut berkebolehan memainkan alat muzik percussion dan piano. Allahyarham Datin Rafeah Buang dan Asiah Tuah merupakan penyanyi idolanya. Dalam Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008 nanti, Sabihah akan mendendangkan lagu Senyuman Tak Berbalas nyanyian asal oleh Puan Sri Saloma.

Mohamad Safar Alauddin, 23 tahun, mula menyanyi sejak berusia 3 tahun. Anak muda ini mendapat asuhan dan dorongan dari ayah, ibu dan adik-beradik serta kawan-kawan seperjuangan. Berkebolehan dalam memainkan alat muzik seperti guitar dan drum, Mohamad Safar amat meminati penyanyi– penyanyi yang memiliki vokal mantap seperti Tiar Ramon, S.Effendy dan Sam Saimon. Harapan beliau dalam pertandingan ini agar dapat mencapai kecemerlangan seperti adiknya, Anis Salwa Alauddin yang berjaya menggondol anugerah Juara Kategori Wanita Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2007 dan Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nusantara 2007. Dalam Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008 nanti, Mohamad Safar akan mempersembahkan lagu popular R. Ismail, Di Ambang Senja.

Nik Nurul Hidayah  Nik Mat, 21 tahun, memang meminati bidang seni suara sejak dari bangku sekolah lagi. Dengan usaha sendiri dan dorongan daripada keluarga tersayang, banyak pertandingan telah disertai bagi menambahkan pengetahuan dan menimba pengalaman. Impian beliau untuk bertanding dalam Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008 telah menjadi kenyataan dan merasakan pengalaman itu seperti mimpi yang indah. Nik Nurul Hidayah merupakan seorang penuntut di ASWARA (Akademi Seni Kebangsaan dan Warisan Negara) dalam bidang vokal dan beliau amat meminati Datin Rafeah Buang dan Datuk Sharifah Aini. Dalam Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008 nanti, Nik Nurul Hidayah bakal mendendangkan lagu Oh Dimana yang dipopularkan oleh Datuk Sharifah Aini.

Mohd. Faizal Rahim jejaka tampan kelahiran Johor, berusia 23 tahun dan mula menyanyi dalam usia 9 tahun. Pengalaman menyanyi ditimba daripada usaha sendiri disamping mendapat tunjuk ajar dari saudara, Abd. Rahim Kamaruddin seorang penyanyi veteran dari Johor. Pertandingan kali ini merupakan satu cabaran dan Faizal berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi membuktikan kemampuan bahawa penyanyi muda juga mampu membawakan lagu-lagu Melayu Klasik. Anak muda ini yang cukup fanatik  dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, selain menyanyi, cukup aktif dalam sukan ragbi. Dalam Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008 nanti, Mohd. Faizal Rahim bakal menyanyikan lagu dendangan asal M. Bakri, Hilang Tiada Berganti.

Iffah Izzati Binti Baharudin, 17 tahun, masih menuntut di tingkatan 4 Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik Bukit Katil, Melaka.  Pada usia semuda 17 tahun, Iffah telah memperlihatkan kemampuannya menyanyikan lagu-lagu Melayu Klasik dengan baik. Baginya, kerap mengadakan latihan vokal dan sering mendengar lagu-lagu genre ini banyak membantu menyiapkan dirinya dalam menghadapi Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008. Menurut Iffah “membawakan lagu-lagu  seperti ini banyak mencabar kemampuan vokalnya”. Lantaran itu, Bintang Klasik Nasional 2008 akan digunakan sepenuhnya oleh beliau bagi memperlihatkan bahawa lagu-lagu Melayu Klasik sebenarnya mampu dihayati dan disampaikan dengan baik selain mendapat sambutan serta diminati oleh golongan belia dan remaja. Dalam Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008 nanti, Iffah Izzati bakal mendendangkan lagu Curahan Hati dendangan penyanyi asal, Lilis Suryani.

Mohammad Azuan Shahdi Mohd. Jalaludin, merupakan seorang yang mesra, sentiasa tersenyum dan ketawa. Berusia 29 tahun, seorang pendidik dan kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa Melayu. Mula menceburi bidang nyanyian seawal usia 9 tahun dan secara serius pada usia 22 tahun. Pernah mengambil kursus vokal di ASWARA (Akademi Seni Kebangsaan dan Warisan Negara). 

Bakat nyanyian yang ada pada Azuan banyak mengikut jejak langkah ayahnya, Mohd. Jalaludin yang merupakan seorang penyanyi Kombo DiRaja Sri Halimi pada era tahun 70an hingga 90an. Kombo tersebut kini lebih dikenali sebagai Orkestra Sri Halimi. Tahun 1995, meninggalkan kenangan manis bagi Azuan apabila beliau merupakan antara finalis Bintang HMI dan bersaing hebat dengan Dato’ Siti Nurhaliza. Bagi Azuan, peminat setia Dato’ Ahmad Jais ini, memartabatkan lagu-lagu Melayu Klasik merupakan tanggunggjawab yang perlu diperjuangkannya.  Dalam Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008 nanti, Mohammad Azuan Shahdi bakal mempersembahkan lagu dendangan asal S. Efendi, Asmara Dewi.

Nurlida Abd. Rahman, berusia 26 tahun, amat meminati Datuk Sharifah Aini dan Allahyarham Datin Rafeah Buang. Anak kelahiran Kulim, Kedah ini menyatakan bahawa target asal beliau menyertai Bintang Klasik Nasional ini adalah semata-mata untuk mengukur kemampuan nyanyiannya dalam membawakan lagu pelbagai rentak, khususnya lagu-lagu Melayu Klasik. Nurlida mula menyanyi pada usia 17 tahun selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal, Ida merasakan agak sukar juga untuk membawakan  lagu-lagu  melayu klasik. Setelah agak kerap mendengar lagu-lagu tersebut, beliau sedar bahawa lagu-lagu ini mempunyai keunikan tersendiri dan seronok apabila berjaya menghayati bait-bait liriknya. Nurlida yang pernah berkhidmat sebagai artis budaya Majlis Perbandaran Seberang Prai ini bakal mendendangkan lagu Tanpa Kasih Tanpa Sayang dendangan penyanyi asal Salamiah Hassan dalam Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008.

Amirshah, anak muda berusia 25 tahun ini amat meminati Datuk M.Daud Kilau.  Amir banyak menyimpan koleksi album-album Datuk M.Daud Kilau.  Daripada koleksi ini, beliau belajar menghayati dan menyanyikan lagu-lagu melayu klasik. Disamping Datuk M.Daud Kilau, komposer Rahim Jantan turut menjadi idolanya. Bagi Amir, bukan mudah untuk menyanyikan lagu-lagu Melayu Klasik, tanpa penghayatan yang mendalam dan betul.  Bergiat sebagai penari Kebudayaan Negeri Sabah, anak muda ini bakal menyanyikan lagu Berdendang Sayang nyanyian asal Ismail Ali Muda dalam Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008 nanti.

Rafidah Asgali, 20 tahun merupakan satu-satunya finalis yang agak pemalu orangnya. Pun begitu, apabila diajukan soalan bagaimana dia dapat menghayati lagu-lagu Melayu Klasik sedangkan lagu-lagu tersebut bukannya lagu-lagu pada zaman beliau, dengan petahnya beliau menyatakan lengguk dan irama lagu-lagu Melayu Klasik yang santun dengan lengguk kemelayuan yang unik begitu menyentuh jiwa dan naluri halusnya.  Dalam Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional 2008 nanti, Rafidah bakal mendendangkan lagu Tangisan Hati Yang Derita dendangan penyanyi asal Khatijah Ibrahim.

[tags]Auditorium Perdana, Angkasapuri, Pertandingan Akhir, Bintang Klasik Nasional 2008,
Kuala Lumpur[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nubhan di Majlis Menandatangani Kontrak Maestro Records & Artiste United Records

Ridzuan Sharifuddin Artis Harapan Anugerah Industri Muzik 2006