Walaupun dilahirkan ketika dunia berada di tahap terlemah, iaitu semasa kemuncak wabak Covid-19, kumpulan wanita Malaysia DOLLA telah membuktikan bahawa mereka ada segala yang diperlukan untuk bertahan.
Hanya dalam beberapa tahun kumpulan ini yang bermula dengan empat orang ahli telah berjaya meninggalkan kesan dalam dunia muzik umum. Melangkaui Malaysia, nama DOLLA telah diiktiraf di pelbagai pelosok dunia ini berkat muzik mereka yang unik dan gerakan tarian yang lincah.
Walaupun baru sahaja mengumumkan pengunduran salah seorang ahli kumpulan mereka Syasya, kumpulan itu terus berkembang maju, berkat sokongan berterusan peminat mereka yang dikenali sebagai iDollas dan label muzik Universal Music Malaysia. Dan dengan cinta dan cita-cita yang tidak berkesudahan ini, DOLLA memperkenalkan satu lagi kejayaan dalam kerjaya mereka apabila mereka mengumumkan konsert yang akan datang terbitan Hitman Solutions.
“Kami di Universal Music Malaysia, sangat teruja untuk mengumumkan konsert DOLLA yang akan datang ini, ia bukti perjalanan luar biasa dan kerja keras mereka. Konsert ini mempamerkan dedikasi dan bakat mereka yang mewakili pencapaian penting dalam misi label kami untuk memartabatkan senario muzik tempatan dan membawa artis Malaysia ke pentas antarabangsa. Saya amat berbangga dengan pencapaian DOLLA dan usaha gigih pasukan kami di belakang tabir dalam menghidupkan konsert ini. Bersama-sama, kami bukan sahaja menghidupkan semula kumpulan nyanyian wanita di Malaysia tetapi juga menetapkan piawaian baharu untuk eksport serantau. Bersama-sama, marilah kita semua meraikan kejayaan DOLLA dan masa depan muzik Malaysia yang bertenaga,’ kata Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim.
“Sentiasa bersemangat untuk menonjolkan bakat tempatan, kami mahu memberikan kumpulan kelahiran Malaysia ini kesempatan untuk meraikan kejayaan dan kerja keras mereka. Bukan sekadar penghibur, DOLLA telah menunjukkan bahawa kerja keras dan cita-cita besar adalah apa yang diperlukan untuk mencapai impian sendiri, sesuatu yang boleh diimpikan oleh semua artis yang akan datang,” kata Rohit Rampal, CEO dan Pengasas Hitman Solutions.
Konsert ini menjanjikan pengalaman yang luar biasa dengan persembahan hebat, pencahayaan memukau, dan teknologi terkini untuk membawa para peminat menghayati perjalanan muzik DOLLA yang penuh energi dan kreativiti. Selain menampilkan lagu-lagu hits mereka, konsert ini juga akan mempersembahkan beberapa lagu baharu yang belum pernah didengari sebelum ini, menjadikannya satu acara yang tidak boleh dilepaskan.
Konsert itu juga akan membolehkan DOLLA mempamerkan semua yang telah mereka pelajari sejak kemunculan mereka beberapa tahun lalu.
“Saya berharap konsert ini dapat menjadi pengalaman dan kenangan yang luar biasa buat semua iDollas yang akan menghadiri acara tersebut. Matlamat utama kami adalah agar mereka dapat bergembira dan berseronok bersama kami sambil mencipta kenangan yang akan kekal selama-lamanya dalam hati mereka. Kami berhasrat untuk mengadakan persembahan yang menakjubkan dan mencipta pengalaman terbaik untuk peminat tercinta kami. Jadi, bersedialah untuk dibawa ke dunia DOLLA yang penuh dengan keajaiban dan keceriaan,” jelas Tabby dari DOLLA dengan penuh semangat.
Seorang lagi ahli kumpulan DOLLA, Angel, juga berkongsi sentimen yang sama mengenai rancangan masa hadapan mereka. “Konsert DOLLA ini menandakan era baharu bagi kami, kelahiran semula DOLLA. Kami sedang giat mempersiapkan susunan lagu-lagu DOLLA yang baru dan segar untuk konsert itu. Persembahan ini akan menampilkan elemen-elemen yang belum pernah dilihat oleh sesiapa pun sebelum ini! Ia akan menjadi pengalaman yang penuh emosi dan sangat istimewa untuk semua iDollas,” kata Angel dengan penuh keyakinan.
Konsert yang dihasilkan oleh perusahaan konsert dan acara terkenal Malaysia, Hitman Solutions, menjanjikan pengalaman visual dan audio yang menakjubkan. Selain itu, konsert ini juga merupakan platform untuk DOLLA menunjukkan kelahiran semula mereka yang serba baharu dalam perspektif yang berbeza, memperlihatkan evolusi muzik dan persembahan mereka yang lebih matang dan kreatif.
Para peminat boleh menjangkakan persembahan yang tidak hanya menghiburkan tetapi juga memberikan kesan mendalam, menggambarkan perjalanan dan transformasi DOLLA dalam industri muzik. Konsert ini pastinya akan menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat, menampilkan momen-momen yang tidak dapat dilupakan.
“Kelahiran semula DOLLA memegang visi baharu yang berani, satu evolusi yang menangkap intipati keperibadian kami hari ini. Kami bakal melangkah ke satu ruang yang belum diterokai, menerima perubahan dan menghindari segala rintangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Bersedia untuk menyaksikan era baharu DOLLA. Ini bukan sekadar konsert; Ini adalah pernyataan dedikasi kami untuk sentiasa berkembang berserta peluang tanpa had di hadapan. Kami teruja untuk memberi peluang kepada semua yang telah bersama kami untuk mentakrifkan semula DOLLA yang baharu,” kata Sabronzo dari DOLLA.
“Peminat juga boleh menjangkakan karya yang lebih gah dan pada masa yang sama lebih peribadi! Seiring masa berlalu, DOLLA akan semakin terlibat dalam semua aspek muzik dan diharapkan penonton dapat mendengar sentuhan kami dalam cara kami menyampaikan dan menjadikan lagu-lagu lebih unik untuk pendengar dan peminat kami. Yang pasti, kami tidak akan memperlahankan rentak kami untuk karya-karya di masa hadapan,” bingkas Tabby di hujung bicara.
Konsert DOLLA bakal berlangsung pada 3 Ogos 2024, Sabtu di Zepp Kuala Lumpur. Tiket boleh dibeli di www.hitmanlive.com bermula 30 Mei 2024 (Khamis).