Pengacara dikenali ramai, Awal Ashaari menyelar tindakan Wardina Safiyyah kerana memuat naik nama-nama artis yang perlu diboikot susulan mempromosikan produk pro Israel.
Pengacara dikenali ramai, Awal Ashaari menyelar tindakan Wardina Safiyyah kerana memuat naik nama-nama artis yang perlu diboikot susulan mempromosikan produk pro Israel.
Menurut Awal, Wardina seharusnya lebih memahami komitmen seorang selebriti, memandangkan dia juga pernah bergelar artis suatu masa dahulu.
Guna Agama Memecah Belahkan Artis Dan Netizen
Mencipta kebencian, cuba memecah belahkan kami dan warganet dengan menggunakan paksi agama serta isu Palestin yang ternyata berlarutan sejak dahulu. Apa motif beliau? Beliau pernah menjadi duta kepada jenama-jenama Israhell.
Awal meluahkan rasa terkilan itu selepas melihat Wardina lantang bersuara mengenai gerakan #Blockout2024, di mana orang ramai diminta untuk memboikot selebriti yang bekerjasama dengan jenama pro Israel.
Beri Peringatan Pada Wardina
Dalam pada masa yang sama, pengacara itu turut menyindir Wardina yang sebelum ini pernah meminta orang ramai untuk menyebarkan kebencian terhadap individu yang tidak mempunyai kaitan dalam hidup mereka.
Kata Awal, dia mengulang siar perkara itu kerana bimbang pelakon Spanar Jaya tersebut lupa akan kata-katanya itu.