Filem THE GARFIELD MOVIE diarahkan oleh Mark Dindal, seorang pengarah terkenal yang pernah mengarahkan filem CHICKEN LITTLE. Sementara itu, naskah dari filem ini ditulis oleh David Reynolds yang juga pernah menjadi penulis dalam filem FINDING NEMO.
Selain Kenan, Jason Reitman juga adalah sutradara dari filem Ghostbusters: Afterlife (2021) yang turut membantu dalam proses penulisan skrip filem ini.
Para pencinta kucing sepatutnya bersemangat kerana sebuah filem terbaru yang menampilkan watak bernama Garfield sekali lagi akan ditayangkan di pawagam mulai 22 Mei ini.
Bagi peminat filem, pasti sudah tahu dan kenal dengan watak kucing legenda yang comel dan manja berwarna oren ini, kan? Lagipun, tingkah laku Garfield serupa dengan kucing di dunia nyata.
Bukan hanya kehadiran Garfield yang membuat filem The Garfield Movie istimewa, malah akan ada suara pelbagai artis terkenal, termasuk dua aktor Marvel yang popular iaitu Chris Pratt dan Samuel L. Jackson.
Dalam filem ini, Chris yang memegang watak Garfield akan bersatu semula dengan Samuel yang memegang watak bapanya. Selain daripada mereka berdua, beberapa watak lain juga dilakonkan oleh pelakon yang tidak kalah hebat, seperti Nicholas Hoult, Hannah Waddingham, Brett Goldstein, Ving Rhames, Cecily Strong, Bowen Yang, dan Luke Cinque-White.
Sinopsis Filem THE GARFIELD MOVIE
Filem The Garfield Movie mengisahkan pengembaraan dan cerita di sebalik watak Garfield, seekor kucing rumah berwarna oren yang diambil oleh lelaki bernama Jon Arbuckle.
Dalam filem The Garfield Movie, anda akan dibawa ke zaman kanak-kanak Garfield yang penuh kesusahan ketika dia sedang mencari perlindungan di tengah hujan.
Akhirnya, dia bertemu dengan Jon yang memberikannya sepotong pizza kerana dia lapar. Pertemuan itu menyebabkan Jon memutuskan untuk membawa pulang dan mengadopsi Garfield. Garfield tinggal bersama haiwan peliharaan Jon yang lain, iaitu Odie, seekor anjing kecil, dan mereka menjadi sahabat di rumah Jon.
Suatu hari, Garfield berpeluang bertemu dengan Vic, seekor kucing jalanan besar yang merupakan bapanya. Garfield sebagai kucing rumah memulakan pengembaraan jalanan yang sangat baru baginya bersama Vic dan Odie, sahabatnya. Mereka meninggalkan keselesaan yang biasanya dinikmati di rumah Jon dan memulakan pengembaraan bersama.
Untuk pengetahuan pembaca filem ini akan ke pawagam Malaysia pada 22 Mei 2024 akan datang. Namun, kepada anda yang terpilih pastinya akan rasa bertuah sebab anda dapat menonton pada malam premiere iaitu pada 20 Mei 2024!
Anda boleh menonton treler pertama di bawah:
Peraduan Tayangan Premiere Filem THE GARFIELD MOVIE
Sensasi Selebriti dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment (Malaysia) ingin menghadiahkan 40 keping tiket menonton filem THE GARFIELD MOVIE dan juga merchandise premium untuk pembaca setia Budiey.com.
Sensasi Selebriti dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment (Malaysia) ingin menghadiahkan 40 keping tiket menonton filem ini untuk pembaca setia Budiey.com.
Info Tayangan Premiere Filem THE GARFIELD MOVIE
Tarikh: 20 Mei 2024, Isnin
Masa Tayangan: 8.15 malam
Lokasi: TGV 1UTAMA
Anda juga berpeluang untuk memenangi barangan merchandise premium filem ini:
- 5 x Garfield Puff Sticker Set
- 5 x Garfield Plush Bag Charm
- 5 x Garfield Squishy
- 5 x Garfield Totebag
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @budiey. Untuk info lanjut tentang filem ini, anda juga diwajibkan untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.
Jawab soalan mudah ini:
1. Namakan salah seorang pelakon utama filem THE GARFIELD MOVIE
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu menonton filem THE GARFIELD MOVIE di pawagam kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Instagram:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada: [email protected]
dengan tajuk email: Tayangan Filem THE GARFIELD MOVIE – BUDIEY CHANNEL
Tarikh tutup peraduan: 18 Mei 2024
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.
Untuk info lanjut tentang filem ini, anda dijemput untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook Budiey Channel untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.
Terima kasih kepada Sony Pictures Entertainment dan pembaca Budiey Channel yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.