Terima kasih juga buat Samsung yang telah memperkenalkan ciri keselamatan teguh yang disediakan oleh Knox Security.
Terutama sekarang ini, di zaman orang suka jadi hackers dan banyak sekali penipuan siber, kita semua kenalah berjaga-jaga. Dengan peningkatan aktiviti membeli-belah, individu mungkin akan menghadapinya taktik penipuan seperti menerima imej yang kelihatan sebagai bukti penghantaran yang mungkin ada mengandungi perisian AFK malware yang boleh menimbulkan risiko kepada keselamatan peranti.
Bagaimana Samsung Knox Vault Melindungi Maklumat Peribadi Anda?
Samsung mencipta Knox Vault sebagai cip tambahan di dalam telefon dan diasingkan daripada pemproses utama dan memori. Ini untuk melindungi data di dalamnya daripada diceroboh secara perisian atau melalui perkakas.
Data penting yang tersimpan di dalam Knox Vault adalah data kritikal seperti maklumat kunci skrin macam nombor PIN, kata laluan dan pattern. Ia juga menyimpan kekunci penyulitan (encryption) serta data peribadi yang disulitkan di dalam peranti. Hanya pengguna yang mempunyai bukti kelayakan skrin kunci yang betul sahaja boleh mengakses data tersebut. Jadi semua data kritikal ini tidak boleh diakses walaupun peranti itu hilang atau dicuri.
Auto Blocker
Salah satu ciri keselamatan tambahan yang disediakan di dalam Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G adalah Auto Blocker. Ia sangat berguna untuk melindungi pengguna dari serangan jahat dan penjenayah siber.
Ia akan menghalang aplikasi dipasang dari sumber yang tidak dibenarkan. Ia juga akan memeriksa aplikasi yang dipasang dari sebarang aktiviti hasad.
Auto-Blocker dalam Knox Security menawarkan perlindungan terhadap ancaman penipuan siber. Dengan mengenalpasti dan menyekat imej atau media yang mencurigakan yang mengandungi perisian malware dalam aplikasi pemesejan Samsung, Auto- Blocker memastikan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih selamat untuk pengguna.
Ciri ini telah memberi meningkatkan keselamatan dan ketenangan fikiran apabila terlibat dalam transaksi duit contohnya. Knox Vault, sebagai asas daripada sistem keselamatan Knox Security, dinyatakan menguatkan data sulit semasa membeli-belah. Ia menawarkan perlindungan terhadap serangan perkakasan dan perisian serta telah diiktiraf oleh institusi negara.
Fungsi ini memastikan maklumat sensitif seperti PIN, kata laluan, dan pattern anda terlindungi. Dalam gabungan dengan Folder Selamat, yang mengasingkan aplikasi sensitif seperti aplikasi perbankan, ia memastikan bahawa transaksi kewangan anda kekal selamat walaupun dalam suasana keadaan sibuk semasa perayaan.
Mungkin anda tidak tahu tetapi paling penting, Auto Blocker boleh menghalang arahan yang disalurkan dari kabel USB, cara yang sering digunakan penjenayah siber untuk menceroboh secara fizikal. Ada juga penjenayah yang menggunakan cara ini menerusi port USB awam seperti di kedai makan atau lapangan terbang. Dengan Auto Blocker, peranti anda dilindungi.
Satu lagi cara penjenayah siber menceroboh adalah menggunakan gambar di dalam permesejan. Gambar boleh digunakan untuk membawa kod hasad tanpa disedari pengguna, tetapi Auto Blocker akan menghalangnya.
Maklumat Privasi dan Keselamatan Setempat.
Telefon pintar Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G turut dilengkapi dengan ciri “Security and Privacy Dashboard“. Ia menyediakan tempat sehenti untuk pengguna memeriksa dan mengawal dengan mudah, sebarang kebenaran yang diberikan kepada aplikasi.
Pengguna juga dapat menikmati perkongsian fail yang selamat menerusi “Private Sharing“. Selain menyediakan sambungan yang disulit dan selamat untuk menghantar data peribadi termasuk gambar dan video, pengguna juga boleh mengawal kebenaran dan akses untuk penerima seperti taraikh luput kebenaran, jenis gambar dan sebagainya.
Jaminan Kemaskini Keselamatan Panjang
Samsung merupakan satu-satunya pengeluar Android yang menjamin kemaskini OS dan keselamatan yang panjang untuk hampir semua perantinya, termasuk peranti kelas permulaan. Bagi Galaxy A35 dan Galaxy A55, Samsung menjamin kemaskini OS Android dan One UI sebanyak 4 kali atau sehingga Android 18, serta kemaskini keselamatan selama 5 tahun.
Selain penuh dengan ciri keselamatan dan penyulitan data, pengguna Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G juga akan dilindungi untuk jangka masa yang lama.
Dengan kehadiran Knox Vault yang menyulitkan dan menjamin maklumat pembayaran sensitif anda seperti butiran kad dan sejarah transaksi, serta aplikasi perbankan anda yang disimpan dengan selamat dalam Folder Selamat, anda dapat menyelesaikan transaksi tersebut dengan lancar. Anda dapat merasa yakin bahawa maklumat kewangan anda dilindungi dengan baik semasa anda membuat pembelian tersebut.
Dapatkan Samsung Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G sekarang dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM828. Berlangsung sehingga 30 April 2024, pembeli Galaxy A35 5G akan menerima 2 tahun jaminan Samsung Care+, manakala pembeli Galaxy A55 5G akan mendapat fon putik Galaxy Buds FE dan lanjutan jaminan 1-tahun. Pembeli Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G juga boleh mendapat diskaun sehingga 30% untuk membeli peranti boleh pakai dan aksesori Samsung.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Samsung Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G.