in

Majlis Penyerahan Kerusi Projek Wakaf

MAJLIS PENYERAHAN KERUSI PROJEK WAKAF DARIPADA BIRO WANITA PAKATAN KEBAJIKAN ISLAM KAMPUNG TUNKU, PETALING JAYA SELANGOR KEPADA MASJID NEGARA PADA 11 OGOS 2011

Jalan Perdana, Kuala Lumpur, 11 Ogos – Biro Wanita Pakatan Kebajikan Islam Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor telah membuat penyerahan kerusi bagi Projek Wakaf Biro tersebut di sini hari ini. Majlis tersebut telah diadakan di Ruang Legar Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi.

Majlis ini telah dihadiri oleh Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad serta YBhg. Toh Puan Hajah Rohana binti Johar, Pengerusi Biro Wanita Pakatan Kebajikan Islam, Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor disertai oleh ahli-ahli Biro ini seramai 12 orang. Turut serta dalam Majlis tersebut adalah pegawai serta kaki tangan Masjid Negara.

Masjid Negara

Semasa Majlis tersebut diadakan, sebanyak 40 unit kerusi lipat untuk kegunaan ketika solat serta dua (2) unit kerusi roda telah disampaikan. Penyampaian kerusi-kerusi tersebut dilakukan sendiri oleh YBhg. Toh Puan Pengerusi Biro tersebut kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Imam Besar Masjid Negara. Ini merupakan antara Projek Wakaf yang telah dirangka oleh Biro tersebut untuk memberikan bantuan berbentuk barangan keperluan kepada Masjid serta Surau yang berada disekitar Lembah Klang.

Pihak Masjid Negara sangat berbesar hati terhadap sumbangan tersebut di mana kemudahan yang diberikan dapat membantu golongan-golongan yang memerlukan terutamanya di kalangan para jemaah Masjid yang uzur dan tidak berkeupayaan. Seperti yang sedia maklum, Masjid Negara menerima pelancong teramai di Malaysia dan ada diantara pelancong-pelancong tersebut datang dari golongan yang kurang upaya dan memerlukan bantuan seperti kerusi roda ketika melawat Masjid Negara. Kini, Masjid Negara hanya mempunyai sebuah kerusi roda untuk kegunaan pelancong. Dengan adanya penambahan kerusi roda sumbangan Biro ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu para sukarelawan pelancong Masjid Negara untuk membantu pelancong yang kurang upaya ini ketika melawat Masjid Negara.

Antara objektif utama Biro tersebut ditubuhkan adalah khusus untuk mengadakan aktiviti-aktiviti kumpulan wanita untuk membuat kerja-kerja amal kebajikan. Di samping itu, dengan tertubuhnya Biro ini ianya dapat memperbanyakkan lagi program/aktiviti keagamaan seperti kumpulan marhaban, kelas-kelas agama (pengajian al-Quran dan pengajian wanita) serta dapat menyemarakkan syiar Islam di kalangan penduduk tempatan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama manusia.

Di harap amalan kebajikan yang dilakukan oleh Biro ini akan berterusan dan dicontohi oleh Persatuan atau Pertubuhan yang lain terutamanya dalam memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Selain itu, dengan adanya program sebegini ianya dapat mengeratkan lagi hubungan di antara pihak Masjid Negara dengan pihak Biro ini sendiri. Program ini dapat terus mengimarahkan Masjid sebagai institusi untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama Islam selain melakukan amalan-amalan yang sedia menjadi kewajipan bagi umat Islam di Malaysia khasnya dan di dunia amnya.

Masjid Negara

Masjid Negara

Masjid Negara

Masjid Negara

Masjid Negara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Emmy Nominated Downton Abbey Set To Premiere on DIVA

PHOTO Star Henry Cavill as Superman