‘Voices of Ummi’ – Sebuah album untuk seisi keluarga
“Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama, maka inilah langkah pertama kami dgn menerbitkan sebuah album “santapan rohani” untuk kanak-kanak dan seisi keluarga.” kata Encik Johan Nawawi, Pengarah Urusan Hud-Hud Media Sdn. Bhd. yang juga penerbit album VOICES OF UMMI atau lebih senang dikenali dengan VOU.
“Album VOU adalah album pertama dipasaran terbitan Hud Hud Media Sdn Bhd yang berkonsepkan “pop kerohanian” dan kontemporari untuk kanak-kanak dan seisi keluarga. Hampir kesemua lagu-lagu dari album ini adalah lagu-lagu yang dipetik dari siri animasi muzikal bertajuk “UMMI – Ceritalah Pada Kami”. Siri animasi kanak-kanak ini masih dalam proses pembikinan dan dijangka akan siap pada penghujung tahun 2011, Insya Allah.”
Anggota VOU adalah terdiri dari Alif Johan sebagai Alif, (12 tahun), Aiman Abbas sebagai Aiman, (14 tahun), Hana Hamdan sebagai Hana, (11 tahun), Putri Dahlia sebagai Putri (7 tahun) dan Jihad Hamdan sebagai Atan (8 tahun). Mereka ini juga merupakan watak-watak dan suara-suara asal dalam siri animasi muzikal “UMMI – Ceritalah Pada Kami”. Lagu-lagu yang disampaikan kebanyakannya adalah berdasarkan watak masing-masing di dalam siri “UMMI – Ceritalah Pada Kami”.
“Terima kasih kepada rakan kongsi kami Erama Creative Sdn Bhd, dan Erama Records Sdn. Bhd. dibawah naungan YBhg. Datuk Md. Afendi Bin Hj. Hamdan, selaku Pengerusi Eksekutif Erama, yang bersetuju untuk bekerjasama dan berjuang bersama kami untuk memastikan projek yang sebegini mencapai hasratnya untuk memberi pengisian ilmu Islam secara kontemporari dan sederhana kepada masyarakat terkini didalam hidup yang penuh dengan cabaran.” ujarnya.Album VOU – “ERTI AL – FATIHAH”
Album ini memuatkan 12 lagu baru yang dipetik dari siri animasi “UMMI – Ceritalah Pada Kami”. Erti Al- Fatihah dipilih sebagai Tajuk kerana ia adalah erti Ummul Kitab kita iaitu surah Al-Fatihah, surah yg dibaca setiap hari, setiap kali dalam solat kita. Semoga kita dapat sama-sama mengingati dan memahami erti surah ini dengan lebih mudah lagi. Tambahan itu, album ini juga merangkumi pelbagai sub-genre irama pop dari tradisional balada, jazz, country & western, r&b dan dance/hiphop.
Turut terlibat dalam album ini ialah personaliti Bringgo dan Mosyi melalui lagu Ramadhan, Aku Hud Hud dan Mari Makan Roti.
Tidak ketinggalan mewarnai album VOU adalah penampilan penyanyi Nora dengan lagu Ramadhan dan Pedoman yang diadun semula (remix) bersama nyanyian VOU.
Alhamdulillah, lagu yang telah mendapat sambutan dan respon yang cukup baik dari semua media, radio- radio stesen, penggiat seni dan khususnya dari para pendengar adalah lagu Erti – Al-Fatihah. Manakala di antara lagu-lagu yang cukup menarik untuk didengar adalah Ahai!Riangnya Hari Raya dan lagu Bismillah- Alhamdulillah ciptaan adik paling kecil iaitu Putri Nur Dahlia Bt Johan berusia 7 tahun.
Syukur Alhamdulillah dan berbanyak terima kasih dari pihak kami kepada pihak media yang telah memberi sokongan terhadap projek ini. Album VOU adalah album yang cukup menarik dan menghiburkan anak- anak kita dan seisi keluarga. Insya Allah akan berada dipasaran tidak lama lagi.
Di bawah adalah senarai lagu-lagu album VOU – “ERTI AL-FATIHAH” .
1. Erti Al-Fatihah Johan Nawawi / Tafsir dari Al-Quran
2. Ahai! Riangnya Hari Raya Johan Nawawi / Amran Omar
3. Ummi (Lagu Tema) Johan Nawawi / Nora J
4. Indahnya Pelangi Johan Nawawi / Nora J
5. Pemimpin T erpuji Johan Nawawi / Amran Omar
6. Aku Hud-Hud Johan Nawawi / Johan Nawawi
7. Rakan Sejati Johan Nawawi / Amran Omar
8. Bagus Punya Bagus! (Lagu Professor Gajet) Johan Nawawi / Bringgo
9. Mari Makan Roti (Lagu Uncle Maideen) Johan Nawawi / Bringgo
10. Meow! Meow! Meow! (Jojo Ku Sayang) Johan Nawawi / Bringgo
11. Bismillah – Alhamdulillah Johan Nawawi & Putri / Nora J
12. Ramadhan Nora J feat Johan Nawawi & VOU
Johan Nawawi / Bringgo
13. Pedoman VOU Nora J feat.VOU – Johan Nawawi / Shah Mohamed/Hafiz Tarmizi/ Johan Nawawi (Arietta Publishing / e2Muzik)
Penerbitan album ini mengambil masa lebih kurang setahun dari proses konsep dan idea, penciptaan lagu, pemilihan lagu, gubahan muzik, penulisan lirik, latihan vokal, proses rakaman, diadun oleh Rahmad Ayob dari kumpulan rock, KAMIKAZE dan akhirnya proses mastering diadun oleh komposer tersohor, Fauzi Marzuki.
Secara ringkas, mereka yang telah bekerja keras untuk menjayakan album ini antaranya adalah: Penerbit Album – Johan Nawawi & Nora Dato’ Hj. Ariffin
Gubahan Muzik – Johan Nawawi & Ahmad Firdaus untuk lagu Pedoman VOU Pemuzik – Azhar Borhan , Shahriman Ismail, Rizal Sky, Zahid & Johan Nawawi
Teknikal – Rahmad Ayob (KMKZ), Ahmad Sukriman Ismail (Ayie) & Fauzi Marzuki Operasi – Saila Zulkhiefley, Nik Hazman, A. Fairuz , Faiz Firman, Alita Animasi – Jefry Sani, Dhameer, Ridhwan, Boy, Appy, Rizal, Ayie, Kadeng Penasihat – Amran Omar, Jamal Boy, Justin Johari, Ustaz Che Bakar & Ustaz Amin Penaja Pakaian VOU – POYA (Empire Shopping Gallery Subang Jaya & Bangsar Shopping Complex)
Perancangan untuk VOICES OF UMMI (VOU) 2011
Setakat ini VOU telah pun membuat beberapa persembahan di:
– – –
Rancangan ASSALAMU’ALAIKUM : TV AL-Hijrah Malaysia Hari Ini (MHI) dan Fuhhh! : TV3 Berita Adik dan Chopp : TV9
Berita terkini mengenai VOU ialah penampilan VOU di rancangan rakaman ‘MELODI RAYA’ TV3 yang berlangsung di PWTC, KL pada hari Rabu 10 Ogos 2011.
Sementara itu pihak Erama Creative telah pun bersetuju untuk menerbitkan 2 muzik video, iaitu untuk lagu Pedoman VOU dan Ahai! Riang Hari Raya yang akan mula rakaman pada hujung minggu ini.