in ,

Peraduan Hoora Hooray Raya EB Frozen Food, Menangi Hadiah Lumayan

Sertai peraduan “Hoora Hooray Raya” EB Frozen Food dan menangi hadiah bernilai sehingga RM25,000.

Hampir dua minggu menjalani ibadah puasa, ternyata masyarakat islam di negara ini cukup bertuah untuk menikmati pelbagai juadah berbeza. Bukan sahaja semasa berbuka puasa tetapi juga ketika bersahur, namun menjadi persamaan setiap makanan yang dipilih harus memberikan kepuasan semasa menikmatinya.

Melihat ini sebagai salah satu keutamaan, Syarikat pengeluar produk sejuk beku, EB Frozen Food Sdn. Bhd. (EB) sentiasa menyediakan produk yang berkualiti buat pelangganya.

Tidak sekadar itu, dalam melengkapi kehidupan serba moden pelanggan terutamanya pada bulan Ramadan ini, fokus utama jenama ini juga cara penyediaan produk EB Frozen Food yang  lebih cepat dah mudah.

Peraduan Hoora Hooray Raya EB Frozen Food, Menangi Hadiah Bernilai Sehingga RM25,000

Berkongsi mengenai kelebihan produk ini dengan lebih lanjut, menurut Eksekutif Pemasarannya, Nurul Fatihah Jamil pihaknya sentiasa peka akan keperluan pelanggan mereka. Melihat EB Frozen Food sebagai antara jenama pilihan ramai kini, jelasnya pihaknya sentiasa komited dalam menyediakan produk sejuk beku yang sesuai dinikmati semua golongan di negara ini.

“Menjadi lumrah setiap pelanggan untuk memilih produk yang sedap dan berkualiti tinggi, tetapi melihat keadaan ekonomi yang sangat mencabar, para pelanggan lebih memilih produk yang memberi tawaran harga terhebat di pasaran. 

“Bersempena bulan Ramadan dan menjelang sambutan Hari Raya, istimewa buat semua peminat produk keluaran EB pelanggan bukan hanya dapat membeli produk berkualiti tinggi dengan harga berpatutan malah boleh menikmati harga serendah kurang dari RM10 untuk satu paket dan dalam pakej ‘Combo Deal’ bagi barangan terpilih di AEON, AEON Big, TF Value, Billion, Giant dan pasaraya berdekatan,” kongsinya.

PERADUAN

Terus meraikan pelanggannya sempena kehadiran bulan Syawal kelak, EB Frozen Food turut menganjurkan peraduan ‘Buy and Win’ bertemakan “Hoora Hooray Raya” yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM25,000. 

Menurut Nurul Fatihah, peraduan ini juga dibuka kepada semua pelanggan produk jenama ini melalui pembelian sebanyak RM50 dan keatas bagi mana-mana produk keluaran EB.

“Sempena bulan Ramadan ini, pelanggan EB juga berpeluang untuk menyertai peraduan ‘Buy and Win’ bertemakan “Hoora Hooray Raya” bermula 8 Mac sehingga 28 April dengan tawaran hadiah bernilai sehingga RM25,000.

“Antara hadiah yang ditawarkan  termasuk wang tunai bernilai RM1,000 (5 pemenang), PS5, Insta 360 Go 3, Wet & Dry Vacuum, Instax Camera, RM50 TnG E wallet (20 pemenang),” katanya.

Peraduan Hoora Hooray Raya EB Frozen Food, Menangi Hadiah Bernilai Sehingga RM25,000

Berkongsi keberkatan Ramadan kali ini agar lebih bermakna, EB Frozen Food  juga turut meneruskan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam meraikan pelanggan mereka.

“Kami akan  mengedarkan kira-kira 5,000 pek bubur lambuk berserta produk keluaran EB iaitu Tempura Chicken Nugget kepada orang ramai.

“Bagi mereka yang ingin menyertai program ini anda hanya perlu bertemu dengan pasukan kami di pasaraya yang terpilih sekitar Lembah Klang  sepanjang bulan Ramadan dan anda boleh mengunjungi laman media sosial EB Frozen Food untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai aktiviti menarik yang dijalankan,”jelasnya.

Maklumat Kumpulan EB

Kumpulan EB ditubuhkan pada tahun 1995. Ia bermula sebagai pengeluar kulit tauhu dan sejak itu telah berkembang menjadi empayar makanan sejuk beku yang menawarkan pelbagai produk inovatif. Pengalaman pengilangan selama 29 tahun Kumpulan EB mempunyai reputasi yang baik, menunjukkan hasil daripada usaha sepenuhnya. Dengan hubungan globalnya dalam industri makanan, EB menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan telah berjaya dieksport ke 33 negara di seluruh dunia.

Sebagai salah satu syarikat terkemuka di Malaysia, Kumpulan EB memiliki tiga anak syarikat yang menawarkan pelbagai produk: Everbest Soya Bean Products Sdn Bhd (berfokus pada produk berdasarkan kacang soya), EB Frozen Food Sdn Bhd (berfokus pada surimi, ayam, udang, dan ikan Alaska Pollock yang baru dilancarkan) dan Hoshay Food Sdn Bhd (berfokus pada produk vegetarian tradisional dan produk berasaskan tumbuhan). Setiap jenama membawa siri produk berkualiti, yang menyediakan pelbagai pilihan makanan yang mudah kepada pengguna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ybae Suria Masuk Kampung Meriahkan Iftar di Kuala Lumpur Sabtu Ini

NINOT

Hikayat Fandom, Disokong Oleh Think City Bagi Memperkasa Tukang Cerita