in , ,

Kempen ‘RaRa Macam Dulu-Dulu’ Imbau Nostalgia Ramadan & Raya 2024

Norlia Ghani, Zamarul Hisham, Aqil Zulkiflee, Mika Safiya Serta Aiman Iskandar (A.I) Menjadi Wajah Kempen Tahun Ini!

TV3 dan Tonton tampil dengan lebih pengisian, perkongsian dan keseronokkan sepanjang Ramadan Raya 2024 menerusi barisan program yang mantap, on ground activation dan wajah kempen RaRa Macam Dulu-Dulu khas buat peminat yang setia menonton TV3 dan Tonton!

Kempen ‘RaRa Macam Dulu-Dulu’ menampilkan kombinasi empat selebriti lama dan baharu iaitu Norlia Ghani, Zamarul Hisham, Aqil Zulkiflee dan Mika Safiya, serta Aiman Iskandar (A.I) yang mewakili penonton dari pelbagai lapisan umur untuk mengimbau nostalgia zaman dahulu. 

TontonOriginal-KuihMuah

Selain itu, dengan adanya visual Aiman Iskandar (A.I), ia dapat menarik perhatian kanak-kanak serta memudahkan proses pembacaan dan proses menghafal niat dan doa.

Tahun 2024 ini, kempen ‘RaRa Macam Dulu-Dulu’ dipilih bagi menggamit memori dan nostalgia kemeriahan sambutan bulan yang penuh barakah ini. Kempen ini telah membuka tirai dengan TikTok LIVE di akaun rasmi TV3 Malaysia pada 7 Mac yang lalu dengan mengumumkan susunan program menarik di TV3 dan Tonton di samping memperkenalkan wajah-wajah kempen sepanjang Ramadan dan Raya ini. 

Kemeriahan kempen ini turut disemarakkan lagi dengan kolaborasi bersama kartunis legenda Ujang, pengarah filem dan drama pendek serta pempengaruh muda TikTok iaitu Odah atau nama sebenarnya Airra Zulkifli. 

SEMBANG SAHUR

Susunan program-program menarik sepanjang Ramadan Raya TV3 dan Tonton

Pelbagai program-program menarik turut merangkumi genre kerohanian, majalah & inspirasi, gaya hidup, bual bicara dan hiburan khas sempena Ramadan Raya tahun ini. Sebagai pembuka bulan Ramadan, Halaqah yang disiarkan pada 15 Mac 2024 ini diberi nafas baharu dengan tema ‘Rumah Kebijaksanaan, 1 Agama Pelbagai Bangsa’ dan menampilkan tiga mesej utama melalui segmen-segmen menarik iaitu ‘Kemajuan Zaman’, ‘Era Keemasan Abbasiyah’ dan ‘Tugasan Mujaddid’. Barisan panel berpengalaman seperti Haji Ahmad Noor Sulaiman (siarawan), Dato Dr. Danial Zainal Abidin (bintang ilmuwan), Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud (panel analisis) dan Ustaz Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (bintang ilmuwan) akan mengupas tentang topik menarik berkaitan  ‘A.I. Di Mata Islam’. 

TANYALAH USTAZ RAMADAN

Sementara itu Al-Kuliyyah juga turut membincangkan tentang pengisian berkaitan topik-topik Fiqh, Tawhid, perjalanan kehidupan Nabi Muhammad S.A.W dan topik-topik lain berkaitan dengan ilmu agama. 

Antara program-program yang lain di TV3 dan Tonton  adalah: 

Kerohanian

• Halaqah

• Al-Kulliyah

• Tanyalah Ustaz

Majalah & Inspirasi

• Sembang Sahur

• Fail Mahkamah Istimewa

• Rindu Tanpa Penghujung

• Anugerah Istimewa

• Bersamamu: Berkat Ramadan & Raya

Gaya Hidup

• Oh Mummy!

• Jalan-Jalan Cari Makan Ramadan

• Apa Nak Masak Ni?

• Jom Berbuka

Hiburan

• Melodi Raya

• Karaoke Kecoh Raya

• Amir Jahari

• Istimewa Famili Duo 2023

Drama Bersiri & Mini Series

• Akasia: Wanita Syurga

• Lestary: Iskandar Chempaka

• Samarinda: Lelaki Itu

• Sakura: Perempuan Itu

• Ramadan Mini Series: Hello, Saya Anak Uncle!

• Raya Mini Series: Ya, Cikgu!

• Tonton Original Series: Kuih Muah

Telefilem

• Cereka Sabtu: Gadisku

• Cereka Sabtu: Titipan Kasih

• Cereka Sabtu: Perempuan Paling Merana

• Cereka Ahad: Daddy Duda

• Cereka Ahad: Pelangi Yang Hilang

• Cereka Ahad: Ramadan, I Miss You

• Cereka Ahad: Lukisan Hati Umar

Lagu Tema RaRa Macam Dulu-Dulu – Macam Dulu-Dulu (Marsha Milan & Khai Bahar)

Lagu tema tahun ini dinyanyikan oleh finalis AJL iaitu Marsha Milan dan Khai Bahar dengan judul ‘Macam Dulu-Dulu’. Lagu ini merupakan hasil karya Shazee Isyak dan Audi Mok di bawah naungan Alternate Records & Talents.

Filem Pendek Ramadan : Kuah Kacang Nenek (TV3 x Edin Komeng)

Filem pendek istimewa kali ini yang bertemakan ‘Raya Macam Dulu-Dulu’ merupakan kolaborasi TV3 dengan Edin Komeng atau nama sebenarnya Muhammad Izzuddin, seorang pengarah filem dan drama pendek di platform media sosial.

Filem pendek ‘Kuah Kacang Nenek ’ ini menampilkan pelakon berpengalaman dan veteran, Norlia Ghani, memegang watak nenek, dan bergandingan dengan dua pelakon pembantu  yang berbakat besar iaitu Wina dan adik Aqil sebagai cucu-cucunya. Kandungan filem pendek ini sangat menarik di mana ia  mengisahkan tentang cucu yang derhaka terhadap neneknya di bulan Ramadan. Nak tahu lebih lanjut? Nantikan filem pendek Ramadan: Kuih Kacang pada minggu ketiga Ramadan di platform rasmi Tiktok TV3 Malaysia.

Kolaborasi dengan Ujang X TV3 Tonton

Kolaborasi antara TV3 dan Ujang, kartunis lagenda ini sangat menarik dan dianjurkan secara on-ground menerusi pameran seni di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada bulan Ramadan dan Syawal ini. Pengunjung serta penonton TV3 yang minat dengan kartun dapat melihat bagaimana kartunis Ujang menghasilkan pameran seni berunsurkan elemen Ramadan Raya dulu-dulu selaras dengan tema RaRa pada tahun ini. . 

Pada masa yang sama, Ujang dan beberapa rakan kartunis tempatan menghasilkan seni yang berkaitan dengan unsur-unsur tradisional seperti pakaian, alatan elektronik, kenderaan zaman dahulu, pembaca berita dan personaliti TV3 serta logo TV3. Boleh ikuti perkembangan terkini mengenai pameran ini di laman sosial TV3 dan Tonton.

WANITA SYURGA_TX

RaRa Tonton Drama Sangat Fans Special: 2024 Ramadan Raya Drama Reveal

Pada 7 Mac 2024 (Khamis) yang lepas, telah berlangsungnya ‘RaRa Tonton Drama Sangat Fans Special: 2024 Ramadan Raya Drama Reveal’ bertempat di Glamhall Damansara, Petaling Jaya.  TV3 dan Tonton telah mengumumkan antara barisan drama yang bakal bersiaran sepanjang Ramadan Raya tahun ini iaitu, Akasia: Wanita Syurga (Redza Rosli, Siti Khadijah Halim & Riena Diana), Lestary: Iskandar Chempaka (Muaz Zabir, Harissa Adlynn & Raja Azura), Samarinda: Lelaki Itu (Dato’ Adi Putra & Che Puan Sarimah Ibrahim, Nur Fazura & Nabila Huda), Tonton Original Series: Kuih Muah (Shukri Yahaya & Ezzanie Jasny), Ramadan Mini Series: Helo, Saya Anak Uncle! (Izzue Islam & Zara Zya) dan Raya Mini Series: Ya, Cikgu! (Trisha Ooi, Fadhli Masoot & Khir Rahman).

TikTok Original Series: Odah

Seorang remaja, Odah sentiasa berkongsi tentang kehidupannya di media sosial. Namun, personalitinya di dalam talian amat berbeza berbanding realiti. Justin mula menyedari bahawa Odah sudah membuka mata dan lebih menghargai keindahan di luar bandar, terutama ketika bulan Ramadan. Nantikan di akaun Tiktok rasmi TV3 Malaysia.

Kolaborasi bersama Pempengaruh TikTok: Qawiyaro

TV3 juga turut berkolaborasi bersama pempengaruh terkenal, Qawiyaro sepanjang bulan Ramadan. ‘Challenge’ yang akan dilaksanakan oleh Qawi adalah berinteraksi dengan orang ramai dan mereka akan diminta untuk sambung surah yang bakal dibaca olehnya. Nantikan video ‘challenge’ mulai minggu pertama bulan Ramadan di akaun rasmi Tiktok TV3 Malaysia.

TV3 X REV (OHBULAN! & Sirap Limau): Menang Duit Raya Macam Dulu-Dulu

Anda ingin Menang Duit Raya Macam Dulu-Dulu? Jangan lupa, nantikan posting dari halaman media sosial OHBULAN!, XTRA, dan Sirap Limau. Peserta hanya perlu komen di posting media sosial tersebut dengan jawapan yang betul dan pemenang bakal membawa pulang duit raya!

Jangan lupa temujanji anda untuk menyaksikan barisan program ini sepanjang bulan Ramadan dan Raya tahun ini. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selesa & Bergaya Dengan XES Shoes, Pelengkap Stail Hari Raya Anda

VENUS

Kolaborasi Istimewa Venus & UNIC Menghasilkan Lagu Duet Ria Ramadan