in , ,

Hasrat Tercapai, Amir Jahari Sebak Lagu OST Imaginur Dijulang Juara AJL Ke-38

Tahniah diucapkan kepada Amir Jahari selepas dinobatkan selaku Juara ‘Anugerah Juara Lagu’ (AJL) ke-38 menerusi lagu berjudul Hasrat.

Lagu Hasrat muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 yang disiarkan secara langsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Amir berjaya menewaskan 11 finalis AJL yang lain walaupun masing-masing telah menampilkan persembahan yang cemerlang.

ANUGERAH JUARA LAGU KE-38 AJL38

Dengan itu melayakkan lagu nyanyian Amir Jahari  membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi.

Naib juara dimenangi lagu Sutera yang dinyanyikan oleh Aisha Retro  membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi. Tempat ketiga disandang lagu Jangan Mati Rasa Itu  nyanyian Aina Abdul  yang menawarkan ganjaran wang tunai RM30,000 dan trofi.

Seperti menepati ramalan, Aina Abdul memenangi Vokal Terbaik, manakala Persembahan Terbaik dimenangi lagu  Sutera nyanyian Aisha Retno Sementara itu, Penyanyi Pilihan Alha Alfa milik Aina Abdul  sekaligus membawa pulang RM12,000 berserta trofi.

Keputusan Penuh AJL ke-38:

Juara – Amir Jahari (RM100,000 + Trofi)
Naib Juara – Aisha Retno (RM50,000 + Trofi)
Ketiga – Aina Abdul (RM30,000 + Trofi)

Vokal Terbaik AJL – Aina Abdul (RM12,000 + Trofi)

Persembahan Terbaik AJL – Aisha Retno (RM12,000 + Trofi)

Penyanyi Pilihan Alha Alfa – Aina Abdul (RM12,000 + Trofi)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kita berjumpa lagi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) yang seterusnya pada tahun hadapan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SHILA VANESSA AJL38

Shila Amzah & Vaneesa Renauld Buka Tirai AJL38 Bersama Pemuzik Wanita

Lima Berjaya Mara, Tilmiz Nabil & Taufiq Gagal Ke Final Akademi Qurra’ 2024