in , ,

Selera Dari Dapur Binjai Janjikan Santapan Buka Puasa Pada Harga Berpatutan

Bufet Ramadan ini berharga RM158 untuk seorang dan bagi pembelian awal iaitu sebelum 11 Mac, harga yang ditawarkan ialah RM118.00 seorang.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Perdana Kuala Lumpur City Centre kembali dengan promosi bufet Ramadan dengan tema, ‘Selera dari Dapur Binjai’ yang bermula dari 13 Mac hingga 8 April 2024 di restorannya 10Binjai.

Seiring dengan kedatangan Ramadan, Perdana Kuala Lumpur City Centre menjemput para tetamu untuk meraikan bulan yang mulia ini bersama keluarga tersayang dengan menikmati pelbagai hidangan warisan yang autentik yang menjanjikan pengalaman Ramadan yang tidak dapat dilupakan.

Jika anda mencari bufet Ramadan pada harga yang tidak membebankan, di sinilah tempatnya, lebih-lebih lagi jika anda membuat belian awal.

Selera Dari Dapur Binjai Janjikan Santapan Buka Puasa Pada Harga Berpatutan

Bufet Ramadan ini cuma berharga RM158 untuk seorang dan belian awal iaitu sebelum 11 Mac, harga yang ditawarkan ialah RM118.00 seorang.

Dengan lokasi yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas, harga ini sangatlah berbaloi lebih-lebih lagi ia menjanjikan himpunan hidangan warisan yang autentik yang menjanjikan pengalaman menjamu selera yang cukup memuaskan.

Selera Dari Dapur Binjai Janjikan Santapan Buka Puasa Pada Harga Berpatutan

Pengurus Besar, Perdana Kuala Lumpur City Centre, Zakaria Ismail, berkata tetamu boleh merasai pengalaman kulinari yang istimewa di Perdana Kuala Lumpur City Centre pada Ramadan ini dengan stesen memasak yang ditetapkan.

“Saksikan sendiri bagaimana hidangan kegemaran anda disediakan oleh chef profesional kami. Dari hidangan pembuka selera yang berwarna-warni kepada sup yang membangkitkan aroma rasa serta hidangan utama yang lazat, menu yang disediakan ini dijangka dapat memenuhi selera tetamu yang datang menjamu selera di sini.

“Dalam menyemarakkan bulan Ramadan pada tahun ini, bufet kami menawarkan lebih hidangan autentik Malaysia yang menonjolkan kepakaran kulinari pasukan chef kami.

“Jangan lepaskan peluang untuk merasai kelazatan kambing panggang kami yang terkenal dengan tekstur lembut dan perapan berperisa,” katanya.

Selera Dari Dapur Binjai Janjikan Santapan Buka Puasa Pada Harga Berpatutan

Turut ditawarkan dalam bufet Ramadan itu adalah juadah istimewa seperti daging tumis hitam dan ‘Gerai Sup Perdana’ yang membangkitkan aroma rasa dengan daging tulang, urat, kambing dan ayam.

Zakaria berkata, bufet Ramadan itu juga bakal menyajikan hidangan pencuci mulut yang menjadi kegemaran orang ramai seperti putu mayam dan apam balik.

Selera Dari Dapur Binjai Janjikan Santapan Buka Puasa Pada Harga Berpatutan

Tetamu boleh memilih untuk menjamu selera sama ada di ruang berhawa dingin atau terbuka ketika menikmati bufet Ramadan di 10Binjai.

Restoran 10Binjai mempunyai ruangan kapasiti bagi 250 orang dan ia pasti lokasi ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan juga yang tersayang.

Selera Dari Dapur Binjai Janjikan Santapan Buka Puasa Pada Harga Berpatutan

Jangan risau tentang tempat untuk menunaikan solat, ini kerana surau juga turut disediakan di Aras 5 untuk tetamu menunaikan solat Maghrib dan Tarawih.

Jika ingin merasai pengalaman bertarawih di Masjid Asy-Syakirin, KLCC, bolehlah panjangkan langkah ke sana kerana ia terletak hanya 260 meter dari Perdana Kuala Lumpur City Centre.

Selera Dari Dapur Binjai Janjikan Santapan Buka Puasa Pada Harga Berpatutan
Selera Dari Dapur Binjai Janjikan Santapan Buka Puasa Pada Harga Berpatutan
Selera Dari Dapur Binjai Janjikan Santapan Buka Puasa Pada Harga Berpatutan
Selera Dari Dapur Binjai Janjikan Santapan Buka Puasa Pada Harga Berpatutan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MELLY GOESLOW

Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends Bertemakan Malam Graduasi Pada 1 Jun

Bufet Ramadan Citarasa Bonda Yang Enak di The Face Style Kuala Lumpur