in , ,

Alfaro Sasar Jualan RM30 Juta Tahun Ini, Fasha Sandha Jadi Pelaris Utama

Misi 2024, Alfaro Kejar Sasaran Rm30 Juta, Fasha Sandha Terus Jadi Kepercayaan ‘Barang Laris’

Dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu, AL FARO terus melangkah kehadapan dengan mengumumkan pembukaan cawangan baru  AL FARO Exclusive di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AL FARO, Farooq Ahmed Khan, langkah perluasan ini merupakan strategi AL FARO dalam memperluaskan perniagaan yang dibina sejak tahun 2007 dan terus memberi akses mudah kepada pelanggan yang menyediakan barangan harga mampu milik.

Alfaro Sasar Jualan RM30 Juta Tahun Ini, Fasha Sandha Jadi Pelaris Utama

“Kami amat gembira dengan pembukaan cawangan baharu ini kerana secara tidak langsung ia memberi peluang kepada kami untuk berinteraksi secara dekat dengan pelanggan di pelbagai lokasi.

“Dan seperti semua tahu, komitmen kami adalah dengan menyediakan produk berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan serta memberi pengalaman beli-belah yang terbaik,” katanya.

Terdahulu, AL FARO terpilih sebagai pemenang Asia Pacific Enterprise Awards 2023 dalam kategori Fast Enterprise Award. Ia adalah kejayaan kedua AL FARO selepas meraih Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) pada tahun lalu.

Alfaro Sasar Jualan RM30 Juta Tahun Ini, Fasha Sandha Jadi Pelaris Utama

Sementara itu, Farooq berkata, kebanyakan peniaga turut terpalit dengan situasi kenaikan kos sara hidup di Malaysia namun, strategi demi strategi terus dihasilkan agar jualan terus meningkat dapan masa sama ia tidak membebankan pelanggan.

Malah Farooq yakin dengan perluasan rangkaian outlet baru di Bandar Baru Bangi, hasil pendapatan AL FARO berpotensi melebihi RM30 juta pada tahun penghujung tahun ini.

Alfaro Sasar Jualan RM30 Juta Tahun Ini, Fasha Sandha Jadi Pelaris Utama

“Sasaran RM30 juta bukan impian kosong semata-mata tetapi penuh dengan strategi yang dibuat mengikut keadaan semasa. 

“Saya yakin dengan melihatkan usahasama kerajaan yang mengambil langkah proaktif menyelesaikan kemerosotan ekonomi semasa. Apa-apapun kami tetap komited memberi sumbangan positif kepada pasaran Malaysia dalam mendorong pertumbuhan ekonomi negara,” ujarnya.

Sementara itu, duta AL FARO iaitu aktres Fasha Sandha menyifatkan, pembukaan sebuah lagi cawangan baru menunjukkan AL FARO berada di landasan perniagaan yang betul dan sebagai duta, dia akan terus bekerjasama dalam memajukan lagi AL FARO.

Alfaro Sasar Jualan RM30 Juta Tahun Ini, Fasha Sandha Jadi Pelaris Utama

Malah, bersempena dengan musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba, ia memberi peluang kepada pihak ALFARO terus menaikkan jualan.

“Alhamdulillah, saya gembira melihat beberapa rangkaian baharu AL FARO dan baru-baru ini di Johor Bahru, Shah Alam dan Times Square. Bila dah tambah cawangan maksudnya perniagaan makin lama makin maju,” katanya.

Ditanya pula mengenai kepercayaan jenama-jenama popular yang percaya kehadiran Fasha sebagai duta dapat melariskan produk yang dijual, Fasha menyifatkan dia hanya memberi komitmen sepenuh hati kerana turut teruja dalam membantu membangunkan perniagaan yang diwakilinya.

Alfaro Sasar Jualan RM30 Juta Tahun Ini, Fasha Sandha Jadi Pelaris Utama

“Jika orang kata produk yang saya pegang akan laris, syukur Alhamdulillah. Sebagai duta, seperti biasa saya akan beri lebih 100 peratus komitmen. Saya seorang yang ‘all out’ dan pada saya bila kita tak kedekut dan bahi lebih daripada sepatutnya, ia adakah perkara yang terbaik untuk jenama itu sendiri.

“Saya mahu bekerjasama dengan jenama yang saya wakili itu bersungguh-sungguh dan secara tak langsung kita sukses bersama,” ujarnya.

Alfaro Sasar Jualan RM30 Juta Tahun Ini, Fasha Sandha Jadi Pelaris Utama

Dalam pada itu, menurut Fasha, dia sudah pun membuat persiapan baju raya AL FARO bagi sambutan Aidilfitri untuk dirinya dan keluarga.

AL FARO selalu tampil dengan rekaan baju berkualiti dan mengikut trend. Tambah pula ia sangat nyaman dipakai.

“Apa lagi… saya pun ambil peluang ini untuk buat persiapan awal Raya tahun depan dengan menyediakan baju-baju Raya buat keluarga. Selesai satu tugasan saya.

Maklumlah, penggambaran pun tanpa henti, jadi saya risau terlepas pandang untuk persiapan baju Raya,”

– FASHA SANDHA

Selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web www.alfaro.com.my, koleksi baju Alfaro juga boleh didapati di:

Corporate Office & Alfaro Mall :

* NO 171 Jalan Tunaku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur.

* Berjaya Times Square

Alfaro Outlets

  • No 23-1/21A-G2C, Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur Tel 03-22027762
  • NO 2.4 , Plaza City One Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur , Malaysia
  • Lot G2, Lotus’s Station 18, Medan Stesen 19/9 , Jalan Pengkalan, Station 18, 31650 Ipoh, Perak
  • Lot F-01, Mydin Mall, Meru Raya PT 229412, Meru Raya , 30020 Ipoh, Perak, Malaysia.
  • No 9 & 9A, Jalan Plumbum S7/S, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.
  • Lot 2-17, 01, Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  • 11, Jalan Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meriah! Pelancaran FEEL DA STAR Sempena Karnival Segalanya FELDA 2024

Suria FM Dengan Kerjasama FAMA Belanja Makan 100 Orang Pendengar!