Ia susulan individu terbabit didakwa menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan sebelum ini dan perlu menanggung padahnya.
Menerusi tuntutan kenyataan fitnah dikongsinya di Instagram, terdapat lima bukti kenyataan dibuat sebelum ini. Antaranya Puteri Sarah dituduh mengambil dadah
Selain itu, individu terbabit menggelarnya seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama Andy, menganggap sebagai rakan kongsi dan seorang ketua yang suka menganiaya pekerja-pekerja.
Puteri Sarah turut menuntut individu itu menarik semula kenyataan fitnah yang dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.
Pihak berkenaan juga dituntut dikenakan perintah injuksi bagi menghalangnya menerbitkan sebarang kenyataan berkaitan perkara berkenaan.
Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan seorang individu membawa lari wang berjumlah RM26,000 sebagai gaji tanpa melaluinya terlebih dulu dalam sebuah sesi siaran langsung di TikTok.
Dia mendakwa bekerjasama dengan individu berkenaan sejak Oktober tahun lalu untuk projek pemasaran produk. Bagaimanapun kerja yang dilakukan tidak mencapai ‘standard’ (piawaian) dipinta.
Puteri Sarah turut memaklumkan dia sampai tahap menagih bagi mendapatkan semula wang berkenaan.
Namun, individu itu mendakwa dia mangsa aniaya Puteri Sarah dalam program Melodi TV3.