in , ,

Hidung Berdarah Empat Jam Tanpa Henti Lepas Menangis – Elizabeth Tan

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan berkongsi detik cemas apabila mengalami pendarahan hidung tanpa henti, baru-baru ini.

Kata selebriti berusia 30 tahun itu, insiden berkenaan berlaku selepas dia menangis kerana perkara yang enggan dikongsikan kepada umum.

“Hidung saya berdarah tanpa henti sampai empat jam dua hari lepas tapi saya pun tak pasti kenapa.

“Sebelum berdarah, saya menangis hanya disebabkan perkara bodoh dan kemudian kejadian ini (hidung berdarah) berlaku,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram Story.

Penyanyi Police Entry itu tidak ketinggalan memuat naik beberapa gambar serta video yang menunjukkan pendarahan dialaminya.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy itu mengakui pada awalnya dia enggan mendedahkan keadaan itu tetapi berbuat demikian sebagai perkongsian maklumat.

Katanya lagi, dia belum bertemu pakar bagi mengetahui punca, namun lebih dahulu mendapat bantuan suaminya, Dr. Siew Jim yang juga seorang doktor.

“Macam-macam cara saya buat. Letak ais dan tekan kuat-kuat, tapi tetap tak jalan. Mujur ada doktor ini (suami) di rumah ketika itu. Kalau tak, memang panik.

“Tak pasti nak pergi periksa pakar ENT (telinga hidung dan tekak) atau pun tidak,” ujarnya.

Dua tahun lalu, Elizabeth mendedahkan menderita penyakit autoimun sejak kecil yang memberikan tekanan kerana masalah tersebut mencetuskan keguguran rambut kritikal iaitu Alopecia serta kulit bercapuk.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kalau Tak Dapat, Saya Naik Hantu, Nabila Huda Buat Apa Saja Demi Lakonan

HONOR MAVIC V2

Rupanya Ini Sebab Honor Magic V2 Sesuai Untuk Buat Kerja Multi-Tasking