Nikki atau Nicolette Louise Palikat, 39, berkata dia berkenalan dengan jejaka yang bekerja sebagai pengamal perubatan alternatif itu selepas menerima rawatan kiropratik daripada jejaka itu.
Berikutan itu, Nikki pernah berkahwin dengan komposer Audi Mok, berkata dia tidak menolak kembali mendirikan rumah tangga.
Nikki yang juga naib juara program realiti, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu mengakui, anaknya turut menerima baik teman lelakinya dan terbuka menerima jejaka itu dalam hidup mereka.
Dedah Nikki, dia juga sudah mula mengikuti kelas bahasa Perancis supaya dapat menambah baik komunikasinya bersama jejaka berkenaan.
Terdahulu, Nikki yang mendirikan rumah tangga bersama komposer Audi Mok memaklumkan perceraian menerusi sidang media khas sekitar 2022. Mereka berpisah ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam masa sama, Nikki mendedahkan faktor utama perpisahan itu adalah disebabkan tiada persefahaman dan sudah memendam perasaan tidak bahagia selama 10 tahun.
Nikki yang pernah menyertai program Malaysian Idol musim pertama pada 2004 dan popular dengan lagu Caramu bertemu jodoh dengan Audi Mok pada 27 Jun 2009.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Liam.