Prapesanan HONOR Magic V2 telah menerima sambutan hangat sejak dilancarkan pada 16 Januari lalu. Orang ramai masih boleh membuat prapesanan telefon boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia ini sebelum jualan rasmi di seluruh negara bermula pada 25 Januari.
HONOR Magic V2 dijual pada harga RM6,999 dengan kapasiti storan 16+512GB dan didatangkan dalam tiga warna premium iaitu hitam Black, ungu Purple dan hitam Black (PU).
Bagi setiap pembelian HONOR Magic V2, pembeli akan membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM2,247 yang merangkumi HONOR CHOICE Haylou, Pemegang Telefon Boleh Lipat Graviti Kereta dan Perlindungan Skrin HONOR 365 Hari.
HONOR Magic V2 boleh dibeli di laman web rasmi HONOR, Kedai HONOR, Shopee, Lazada, Tik Tok Shop, termasuk pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic. Selain itu, telefon ini juga boleh didapati di CelcomDigi dan Maxis, manakala akan datang U Mobile dan Yes.
HONOR turut menawarkan pilihan pembayaran lebih mudah dengan pelan ansuran 0% selama 6 hingga 24 bulan. Pelanggan boleh membeli peranti ini dengan bayaran serendah RM291.63 sebulan*.
*Berdasarkan pelan ansuran 24 bulan dan tersedia untuk bank terpilih. Sila semak dengan kedai berkaitan atau bank anda mengenai ketersediaan pelan ansuran.
Tonton HONOR Magic V2 Di Buka Satu Persatu
Sementara itu, nantikan video memaparkan HONOR Magic V2 dibuka satu persatu di Facebook HONOR Malaysia pada 26 Januari ini. Video ini akan menunjukkan proses bermula dengan membuka bahagian belakang HONOR Magic V2 diikuti setiap komponen yang menyumbang kepada ciptaan hebat telefon ini. HONOR Magic V2 telah dibina semula dengan 210 teknologi yang dipatenkan.
Turut ditonjolkan dalam proses ini adalah bateri dwi-sel karbon silikon 5000mAh yang canggih dan pertama kali digunakan dalam kenderaan elektrik seperti Tesla. Dengan ketebalan hanya 2.72mm, bateri ultranipis ini meletakkan HONOR sebagai perintis dalam teknologi bateri termaju di dalam industri telefon boleh lipat. Video ini juga menunjukkan perbandingan kenipisan bateri dengan sekeping kad RFID dan pemegang kad 5.33mm.
HONOR Magic V2 membuktikan gelarannya sebagai telefon boleh lipat paling nipis di dunia dengan ukuran 9.9mm apabila dilipat dan 4.7mm apabila dibuka. Berat hanya 231g menjadikan telefon ini selesa disimpan di dalam poket selain mudah dibawa ke mana-mana.
Bagi mencapai keseimbangan kenipisan, berat dan ketahanan, HONOR menggunakan aloi titanium untuk menghasilkan engsel HONOR Magic V2. Telefon ini mampu menahan lebih 400,000 lipatan, dengan 100 lipatan sehari dan mencapai jangka hayat sehingga 10 tahun.
Apabila dibuka, paparan telefon ini adalah 7.92 inci, mengabungkan telefon pintar dan tablet. Ciri multitetingkap membolehkan empat aplikasi dibuka sebelah menyebelah serentak dan ini melacarkan tugasan.
HONOR Magic V2 dilengkapi Pemalapan PWM 3840Hz bersama Pemalapan Dinamik dan Paparan Malam Sirkadia bagi mengurangkan ketegangan mata serta memberi kualiti tidur lebih baik.
Ciri-ciri inovasi ini menunjukkan komitmen HONOR dalam mencipta produk inovatif yang hebat dan fungsi rekaan dengan teknologi tercanggih.
HONOR Magic V2 boleh dipesan menerusi laman web HONOR: https://bit.ly/HONORMagicV2PR