Dalam satu portal hiburan, Faezah Elai telah Umum Kahwin 9 September Tapi Enggan dan Masih Rahsiakan Bakal Suaminya. Adakah benar desas desus mengatakan Heykal Hanifah bakal menjadi suami Faezah Elai?
Pelakon berbakat yang sarat kontroversi, Faezah Elai mengaku akan bernikah pada 9 September ini di rumah keluarganya di Pulau Pinang. Tapi gerangan lelaki yang akan mengahwininya tidak didedahkan kepada umum. Namun bayangan lelaki yang disebutnya membuatkan orang yang mengikuti perkembangannya mengagak, lelaki tersebut ialah pengarah drama Asmara, Heykal Hanifah.
FAEZAH BELUM SEDIA PERKENALKAN NAMA BAKAL SUAMI
Heykal yang kini berstatus duda pernah menjadi hangat apabila hubungannya dengan Faezah diperkatakan sebelum rumah tangganya dengan seorang pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat rakaman musnah. Mereka dah sah bercerai.
“Insya-Allah saya akan bernikah pada hari Jumaat 9 September depan dengan seorang ahli perniagaan bernama Muhammad,” kata Faezah kepada beberpa media.
Faezah juga memberikan gambaran yang lelaki yang bakal menjadi suaminya nanti terlibat dalam perniagaan yang melibatkan penggambaran drama dan filem dan berasal dari Utara juga.
Penjelasan tersebut menguatkan tanggapan yang Heykallah orang yang dimaksudkan, namun dia sendiri enggan membuka mulut.
“Saya jatuh cinta dengannya sebab dia faham karier dan jiwa saya. Dia orangnya simple, merendah diri, sangat kelakar dan mengambil berat. Kulitya kuning langsat dan ada misai sikit,” Faezah meneruskan gambaran lelaki yang mahu menjadi suaminya.
Heykal juga memiliki misai sebagaimana yang digambarkan dan berkulit sedikit gelap. Namun sehingga hari ini Faezah belum lagi menghantar kad undangan kepada media.
Namun difahamkan busana pengantin sudah ditempah dengan seorang pereka terkenal di Kuala Lumpur. Faezah juga memberitahu wartawan majalah Mangga bahawa majlis persandingan dirancang diadakan pada 3 Disember depan. Dia juga tidak merancang mengadakan majlis di Kuala Lumpur kerana tidak ramai saudara-mara di ibu negara.
Tunggulah siapa yang bakal menjadi suami Faezah nanti. Adakah Heykal atau seorang lelaki lain yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya?