Menurut Bella Astillah atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dia hanya mengharapkan kekuatan tersebut kekal dalam dirinya sampai bila-bila dan tidak akan pudar.
Mengulas mengenai pergolakan rumah tangganya sebelum ini sehingga meraih banyak perhatian dan kecaman dalam media sosial, Bella menegaskan dia tiada hak untuk menghalang orang daripada memberikan sebarang respons.
Katanya, dia akan menghargai mereka yang terus menyokong dan membiarkan sahaja golongan yang memilih untuk membenci.
Enggan mengambil pusing segala komen negatif, dia yang popular menerusi drama Aku Tanpa Cintamu hanya akan terus melakukan yang terbaik bagi melindungi keluarganya.
Terdahulu, rumah tangganya pada tahun lalu sekali lagi menjadi sorotan ramai apabila dia mendakwa ada aktres menjadi penyondol dengan mengganggu suaminya, Aliff Aziz.
Nama yang menjadi sebutan pada ketika itu ialah aktres, Sophia Albarakbah