Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu untuk menghasilkan produk lebih menarik dan segar tahun ini hingga seterusnya.
Suria FM turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tyzo atas kerjasama yang diberi sepanjang bersama stesen radio itu.
Tyzo atau nama sebenar, Tuah Zolqarnain pernah bersama Suria FM pada 2007, namun, meninggalkan stesen berkenaan selepas enam tahun berkhidmat.
Tyzo yang menerima trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 menyertai dunia penyiaran bersama stesen radio Muzik FM pada 16 Julai 2004.
Tyzo pernah menyumbangkan khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM.