in , ,

Personaliti Baharu Serta Pengisian Terkini Menerusi Era Sabah & Era Sarawak

Pendengar ERA Sabah boleh berhibur bersama personaliti dan pengisian terkini, pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 12 tengah malam

Para pendengar jenama radio ERA Sabah dan ERA Sarawak berpeluang untuk berhibur bersama personaliti-personaliti baharu dan menikmati pengisian tempatan terkini yang disajikan kepada semua, khususnya untuk mereka yang berada di Borneo, mulai 8 Januari 2024, Isnin hingga Jumaat, dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam, melalui siaran udara dan di aplikasi SYOK. 

1. ERA Sabah - Kanco Pagi ERA Bersama Addnan, Mijul dan Emma

Pendengar ERA Sabah boleh berhibur bersama personaliti dan pengisian terkini, pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 12 tengah malam, menerusi segmen-segmen terbaik berikut: 

Segmen & MasaMaklumat Segmen di ERA Sabah
Konco Pagi ERA bersama Addnan, Mijul dan Emma (6 – 10 pagi)Pendengar akan ditemani oleh tiga personaliti dengan segmen baharu yang menarik termasuk sketsa ‘Awang, Acho dan Si Anteh’, perbualan topik menarik, sesi soal jawab ‘Kamu Tanya Kami Jawab’ dan peraduan ‘Cakap Laju’ untuk peluang menang sebahagian wang tunai bernilai RM3000.
Stready Bah ERA! bersama Melanie (10 pagi – 1 petang)Pendengar akan ditemai oleh Melanie, personaliti baharu ERA Sabah, yang membawakan segmen ‘KKOTD’ (Kata-Kata of the Day) dengan memainkan lagu-lagu terbaik dan berkongsi info terkini dan isu-isu semasa di ERA Sabah. di ERA Sabah.
Gen E bersama Adam (1 – 4 petang)Adam akan berkongsi info, berita dan hiburan yang tular dan ‘trending’ bersama pendengar. Adam juga akan memainkan permintaan lagu daripada serta memperkenalkan segmen ‘Kaki Game’ di mana Adam berkongsi kemas kini terkini tentang dunia ‘gaming’.
ERAmaiti bersama Nicky (4 petang – 8 malam)Waktu petang pendengar akan ditemani oleh Nicky dengan membawakan segmen ‘Curhat’ (Curahan Hati) dan topik perbualan menarik setiap hari. Pendengar juga dapat mendengarkan temu bual eksklusif Nicky bersama selebriti di ERAmaiti.
Bah Kasi Jadi ERA! bersama Deemike (8 malam – 12 tengah malam)Deemike akan menemani waktu malam pendengar dengan membawakan segmen ‘Apa Kau Lagu’, di mana Deemike akan menyanyikan lagu daripada permintaan pendengar dan ‘Review Lagu Sabah’, di mana Deemike akan mengulas dan memainkan lagu-lagu tempatan Sabah.
3. ERA Sabah - Gen E bersama Adam

Manakala pendengar ERA Sarawak pula boleh berhibur bersama personaliti serba baharu dengan pengisian terkini, pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 12 tengah malam, menerusi segmen-segmen menarik berikut: 

4. ERA Sarawak - Rilek Petang ERA bersama Dhirah
Segmen & MasaMaklumat Segmen di ERA Sarawak
Ooha Pagi ERA bersama Ilmo dan Alisa (6 – 10 pagi)Dua personaliti baharu ERA Sarawak, Ilmo dan Alisa akan membawakan situasi riuh dengan menampilkan segmen baharu, membincangkan isu semasa melalui sketsa ‘Koti Lah Koti ERA’, juga menghiburkan pendengar dengan ‘Kiak Kaong ERA’, di mana Alisa akan menyanyikan lagu-lagu dalam loghat Bahasa Melayu Sarawak, topik perbualan harian, info terkini tentang Sarawak dalam ‘Whats Up Sarawak’ dan peraduan ‘Teka Tok Apa Ya’ untuk peluang menang sebahagian wang tunai bernilai RM3000.
Acak Tok ERA bersama Asyilah (10 pagi – 1 petang)Personaliti baharu ERA Sarawak, Asyilah, akan memainkan lagu-lagu terbaik dan berinteraksi bersama pendengar dalam ‘Kaki Game ERA’ untuk berkongsi info terkini, produk, tips serta trivia dalam permainan atas talian selain cerita-cerita yang ‘viral dan trending’.
Seranto ERA bersama Haziq (1 – 4 petang)Haziq, personaliti baharu ERA Sarawak akan bersama pendengar dengan memainkan lagu-lagu tempatan yang diminta oleh pendengar serta berkongsi info menarik dan cerita tular melalui ‘Mena Sik?’, di segmen Seranto ERA.
Rilek Petang ERA bersama Dhirah (4 petang – 8 malam)Dhirah akan membawa pendengar berinteraksi dan membincangkan topik menarik dan membuka peluang kepada semua untuk mencari jodoh di udara melalui ‘E-Jodoh’ dan berkongsi kata-kata motivasi dalam ‘Kata Hati ERA’. Topik menarik juga bakal dibincangkan setiap hari, dan Dhirahjuga bakal menemu bual artis-artis tanah air secara eksklusif.
Malam ONZ ERA bersama Ameer (8 malam – 12 tengah malam)Di waktu malam, pendengar ERA Sarawak akan ditemani oleh Ameer dengan pelbagai topik menarik berkaitan sukan dalan ‘Sukan ERA’ dan memberi peluang kepada pendengar untuk berkongsi perasaan mahupun pendapat yang terbuku di hati dalam ‘Apa Kes Tek’.
5. ERA Sabah - Bah Kasi Jadi ERA! bersama Deemike

Sebagai tambahan, para pendengar ERA Sabah dan Sarawak juga boleh terus berhibur dengan pengisian-pengisian terkini pada hujung minggu menerusi segmen ‘Borneo Pagi ERA’ bersama Fieya Julia dan Daniel Chuer, dua personaliti baharu ERA, yang akan menemani pendengar pada setiap Sabtu dan Ahad, dari jam 7 pagi hingga 10 pagi. 

5. ERA Sarawak - Malam ONZ ERA bersama Ameer

Segmen ‘Borneo Pagi ERA’ membawakan pengisian terbaik serta dilengkapi dengan segmen-segmen lain termasuk Carta ERA 40, RIM Chart, Mood Healing ERA, Ujong Minggu ERA, Carta Borneo ERA, Lagu Baru Nak Up, Malam Sendu ERA, Flow ERA dan lebih lagi buat semua pendengar.

Untuk maklumat lanjut, layari era.syok.my atau ikuti ERA Sabah dan Sarawak di platform media sosial. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ARA JOHARI

Ara Johari Elak Kena Hujan Sebab Nanti Mudah Sakit & Boleh Hilang Suara

Kemas Kini Baharu Apple Fitness+ Termasuk Ciri-ciri Untuk Pemain Golf