in ,

Shahir AF8 Mahu Berhenti Jadi Penyanyi

Salam Ramadan hari ke-4 untuk semua pembaca. Aduh, cepatnya masa berlalu kan. Harap semua pembaca masih okay dan steady lagi ya. Budiey setakat ni steady lagi laa.

Alamak, Budiey sebenarnya hari ni terlajak tidur la pulak. Patutnya jam 11 pagi tadi, Budiey kena gi Media Prebiu Filem The Zookeeper, tapi bila terlajak tidur, sedar-sedar dah pun jam 10.30 pagi, alamak tak dapat la nak nolongnya. Tu la orang cakap, terlajak perahu boleh lagi kita undur, tapi bila dah terlajak tidur ni, nak undur masa macamana. Jadinya, pagi ni Budiey kena duk rumah je lah ya. Oh ya, petang ni ada satu event interbiu bersama dengan penyanyi Yassin Sulaiman di Viva Home. Nak pergi ke tak pasti lagi. Dan malamnya pula ada Rakaman Mentor Raya 2011 di Plaza Alam Sentral. Budiey rasa nak gi sana la. Musim lepas pun Budiey tak lepas peluang tengok rakaman Mentor Raya ni, kelakar giler.

Lepas mandi, Budiey berehat depan notebook ni, belek-belek berita online. Lalu, terbaca satu berita yang agak menyedihkan juga la. Kesian pun ada. Berita pasal juara AF8, Shahir yang dikatakan mahu mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi sebab ada orang aniaya dia. Budiey terfikir juga, dari dulu lagi, lepas dia keluar dari AF8, macam-macam benda yang tak elok berlaku. Semua tu dugaan sebenarnya, tak nak lah tuduh sape-sape yang dengki dengan kejayaan Shahir yang sanggup Mak Esahkan dia. Ish ish.

Shahir

Ini petikan berita tentang Shahir nak berhenti jadi penyanyi. Tak lama lagi, Shahir akan umum dengan rasminya di satu sidang media.

Shahir (AF8) Berhenti Menyanyi Dakwa Dianiaya

PETALING JAYA: Penyanyi popular Shahir menamatkan misteri kehilangannya selama ini apabila dia membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat.

Menurut sumber yang juga teman rapat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.

“Shahir tidak akan menyanyi lagi dan akan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya. Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini,” kata sumber itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya kepada mStar Online, Rabu.

Tambahnya: “Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.

“Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC). Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini.”

Beberapa minggu lalu, industri seni kecoh dengan isu Shahir yang dikatakan ‘ghaib’ dan gagal dihubungi oleh pihak media sertapengurusannya. Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman mengakui Shahir berada di kampung iaitu di Kampar, Perak dan sedang berehat. Sebelum ini, Shahir pernah menghilang kerana mengalami masalah kesihatan dan pulang ke kampung beberapa ketika.

Dia juga pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan. Namun pemuda tersebut menafikan perkara itu sebaliknya menganggap hubunganmereka sekadar teman biasa. Pihak mStar cuba mendapatkan Shahir dan keluarganya, namun mereka gagal dihubungi. via Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kasih Alia Lakonan Rafidah Ibrahim Iqram Dinzly & Sharnaaz

Ujibakat Pencarian Cinta di ntv7