Malam penuh gemilang glamor bersama Xavier Mah Consultancy
“Perbezaan Media (The Media-Difference)”
Xavier Mah Consultancy membawakan malam penuh gilang-gemilang dan glamor kepada para jemputan dan rakan kongsi dihormati sempena sambutan majlis pelancarannya buat julung-julung kali diadakan bertempat di Galeri Jualan BRDB, Bangsar yang serba mewah.
Menjelaskan perhubungan awam sebagai “menghubungkan keperluan penyampai dengan segmen sasaran yang diingini,”, Xavier merupakan pemilik syarikat perundingan itu yang berjaya menghimpunkan portfolio seperti Bank CellSafe Stemcell, Huggies Ultra, pengeluar kelengkapan dapur Itali Bertazzoni LaGermania; juga label kesihatan dan aestetik seperti O’slee, Fugen dan Charles Worthington London dengan pelancaran produk di Malaysia. Beliau turut dilantik oleh Bimba & Lola untuk melaksanakan tema “Tropical and Under the Sea” bagi persembahan koleksi Spring Summer 2011 jenama itu baru-baru ini.
Ribbon Cutting Ceremony: Winnie Loo, Shaik Mohd Haniff, Xavier Mah, Dynas Mokhtar, Marina Suwendy
“Perbezaan-Media (The Media-Difference) adalah prinsip kami,” kata Xavier. “Sebagai syarikat baru, kami perlu mengambil pendekatan inovatif apabila menawarkan penyelesaian kepada klien. Kami faham kepentingan berfikir di luar kotak dan atas sebab itu, kami menawarkan perkhidmatan penuh dalam bidang perhubungan awam dan pemasaran yang memberi fokus kepada kempen strategi tersendiri mengikut keperluan dan permintaan setiap klien.”
Sementara itu, ketibaan para tetamu, selebriti dan media disambut oleh persembahan Walkabout Magic oleh Magician Andrew Lee. Pengacara majlis, Miss Malaysia World 2010, Nadia Heng memulakan soiree tersebut dengan memperkenalkan alumni Malaysian Idol, Vic Teo, yang mempersembahkan “The Edge of Glory”, juga salah sebuah lagu kegemaran Xavier.
Xavier kemudian mengucapkan terima kasih kepada para hadirin kerana memeriahkan majlis, ramai di antara mereka dalam pelbagai kapasiti telah menyokong sokongan beliau sejak awal penglibatannya dalam bidang perhubungan awam. “Ia merupakan penghormatan bagi saya,” tambahnya, terharu. “Kekuatan demi kekuatan, syarikat kecil saya tidak akan berjaya kini tanpa semua di sini yang memberi kepercayaan kepada saya.”
Berasal dari Batang Berjuntai, Kuala Selangor, Xavier kehilangan bapa sewaktu masih kecil dan terpaksa menempuh kehidupan serba kekurangan di zaman kanak-kanaknya. Bertekad untuk membina kehidupan lebih baik untuk ibu dan dirinya sendiri, beliau mendisiplinkan diri sebagai pelajar patuh yang faham kekuatan kuasa pengetahuan dan ilmu. Lengkap dengan CGPA 3.3 dan menduduki senarai Dekan di USM, Xavier mensasarkan industri hiburan dan fesyen tanah air sebagai tapak pertama demi mengejar kejayaan. Sehubungan itu, beliau percaya bahawa Xavier Mah Consultancy adalah langkah seterusnya ke arah itu. “Bagi saya, langit adalah hadnya. Bakat hanya akan membawa anda ke satu tempat, tetapi kerja keras memaksimumkan lagi kebolehan yang dikurniakan Tuhan. Sebab itu saya menjalani kehidupan dengan cogan kata mudah: Kerja keras dan berbuat baik kepada orang lain.”
Marina Suwenday, Xavier Mah & Nadia Heng
Acara diteruskan dengan mesej istimewa daripada Harvest Tide Productions dari Amerika Syarikat (AS). Longreach merupakan produksi terbaru mereka. Longreach ditulis oleh William Decoff bersempena The 989 Project. Siri web bebas terbaru yang asalnya ditulis sebagai filem, lakon layarnya memenangi naib juara pada Michael Corrente’s Horror Film Competition. Harvest Tide Productions merangkul anugerah Independent Filmmaker selain banyak pengiktirafan lain. Xavier Mah akan berkolaborasi dengan Harvest Tide dalam beberapa bulan akan datang untuk mempromosikan Longreach di Malaysia.
Majlis tersebut juga merupakan platform pengumuman Xavier sebagai duta jenama kafe hip terkini, Chilla Cup oleh rakan kongsi Chilla Cup Shaik Mohd Haniff, yang mempunyai hubungan simbiotik rapat dengan Xavier Mah Consultancy. Tajuk Chilla Cup and Xavier Mah, the start of a beautiful friendship… dipilih, sebagai penghormatan kepada filem klasik 1942 lakonan Humphrey Bogart dan Ingrid Bergman, Casablanca.
Pelancaran itu dirasmikan pada sesi memotong riben bersama Xavier Mah, pengasas dan ketua pengarah kreatif A Cut Above Winnie Loo, selebriti Dynas Mokhtar, Supermodel Ford Marina Suwendy dan rakan kongsi Chilla Cup, Shaik Mohd. Haniff. Sebaik tamat pelancaran, momentum majlis dikekalkan dengan sesi cabutan bertuah yang mengujakan para tetamu dan jemputan.
Backstage Academy mempersembahkan demonstrasi dandanan bertajuk Apple of My Eyes, sejurus selepas pertunjukkan koleksi avant garde Neo Folk Pre-Spring/Summer 2012 oleh Danjyo-Hiyoji yang berkunjung dari Indonesia untuk memberikan sokongan kepada Xavier.
Sebelum tetamu beredar, Xavier sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada para jemputan atas kehadiran masing-masing. Sementara wakil penaja Chilla Cup, BRDB Art Gallery, Bimba & Lola, Backstage Academy, Pacifica Appliances Sdn. Bhd., Shu Uemura, Celebrity Fitness, Acca Kappa dan O’slee turut berkongsi ucapan selamat tanda restu kepada Xavier Mah Consultancy.
Majlis tersebut diakhiri dengan sesi Let’s Chill dengan hidangan makanan dan minuman tajaan Chilla Cup Cafe.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawangxaviermah.my.
Mengenai Longreach
Longreach, ditulis oleh William Decoff dan diterbitkan oleh Harvest Tide Productions sempena The 989 Project, merupakan siri internet indie yang asalnya ditulis sebagai filem penuh. Lakon layar Longreach menang naib juara pertandingan filem seram Michael Corrente’s Horror Film Competition. Xavier Mah Consultancy bakal membawakan siri tersebut ke Malaysia.
Harvest Tide Productions merangkumi pembikin filem bebas, pemenang anugerah, penerbit dan penulis Skip Shea, pemenang anugerah Emmy 7 kali berturut-turut, Cinematographer William Smyth; pelakon, penulis dan ahli Wrestling Hall of Fame William Decoff dan pelakon serta perunding pemasaran luar biasa, Emily King.
Rangkuman Plot
Di pinggir pantai Massachusetts terletak Longreach Island yang indah, juga pangkalan Longreach – organisasi fraternal rahsia paling berkuasa di dunia.
Sejak berabad lamanya, Longreach memberi makanan kepada golongan miskin, memperkasakan golongan kurang upaya dan membunuh mereka yang mendatangkan mudarat kepada golongan lemah. Bertahan dalam sejarah lebih lama berbanding pesaing, The Freemasons dan The Knights Templar, Longreach adalah satu-satunya musuh yang digeruni kejahatan (Evil). Namun kejahatan sedang berkembang di Longreach.
Reverend Samuel Aiden, penjaga tradisi hebat Longreach, gagal membezakan kebajikan dari godaan. Ribut pemusnah membawa pembunuhan, penculikan, jenayah seks sadis dan keganasan ekstrem, menjejaskan segala prinsip dan pegangan Longreach setelah sekian lama.
Dawn Aiden merupakan isteri Samuel Aiden. Muda, jelita, bijak manipulasi dan bercita-cita tinggi; dia memaksa suaminya memenuhi kedahagaan melampau terhadap kesadisan dan pembunuhan. Dalam komplotnya untuk menaiki takhta Queen of Longreach, dia tidak teragak-agak membunuh sesiapa sahaja yang mengganggu rancangannya itu.
Sheriff Daniel Jedrek dahulunya Sgt. Of Arms yang dihormati Longreach. Sehingga satu ketika dia menjadi tidak siuman akibat kehilangan isterinya. Dia dipaksa menghadapi kekejaman seumur hidup bagi melaksanakan tugasnya terhadap Longreach dan Rev. Aiden.
Gambaran apabila maksud sebuah simbol hebat hilang dan cuma kuasa yang tinggal, hanya kematian dan huru-hara boleh berlaku.
Ikuti perkembangannya menerusi WatchLongreach.com.
Mengenai Chilla Cup
Meskipun proses untuk membancuh secawan kopi segar yang mampu memuaskan deria penggemar kopi cerewet merupakan sesuatu yang kompleks, Chilla Cup percaya bahawa kesederhanaan menjadi kelebihannya sejak mula beroperasi di Mont Kiara pada Januari 2011. Chilla Cup tidak berkompromi terhadap kualiti produk utamanya iaitu biji kopi Arabica panggang yang diimport dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Ini menjadi kekuatan jenama itu dan berjaya membuktikan keberkesanannya setelah diperluaskan ke Quill 7 Sentral dan Subang Avenue dalam tempoh sesingkat kurang setahun. Sekiranya anda berpeluang menikmati secawan latte beraroma atau cappucino berbusa, jangan ketinggalan mencuba kepelbagaian pastri lazat Chilla Cup yang pastinya memenuhi tuntutan selera anda dan penggemar hidangan manis. Pilihan pastri Chilla Cup turut memberikan tambah nilai tinggi yang dijamin memberikan kepuasan kepada pelanggan untuk jangka masa lama. Kunjungi chillacup.com untuk maklumat lanjut.
“Apple of my Eyes” oleh Backstage Academy
Akademi penggayaan dan dandanan rambut terkenal mempersembahkan “Apple of my Eyes”, menyimpulkan penghargaan terhadap kasih sayang orang dicintai yang tiada tandingan. Ia mengasimilasikan tema di sebalik prinsip teras Backstage, iaitu: visi, keindahan dan keabadian (Vision, Beauty, Eternity). Visi: Impian meneruskan semangat dan tabula rasa menjadi kental apabila mengikut acuan tersendiri berpandukan visi dan impian yang hanya terhad oleh kreativivi individu itu sendiri. Keindahan: Keindahan sebenar datang dari dalam dan Backstage ingin menonjolkan kejelitaan dalaman itu dengan hasil solekan yang memberi gambaran sebenar keindahan jiwa setiap individu. Keabadian: Keaslian berlian tulen terbentuk selama ratusan tahun dan begitulah representasi keabadian dan ketulenan sejati. Sebagai entiti lengkap – impian kejelitaan abadi dibawakan oleh Backstage Academy. Untuk maklumat lanjut, layari laman web backstageintl.com.
Persembahan Fesyen Neo Folk Pre-Spring/Summer 2012 oleh Danjyo-Hiyoji
Terdiri daripada: Dana Maulana (Pengarah Kreatif), Syarifah Liza Masitha (Ketua Pereka/Wanita) & Adrianus Rama Dauhan (Ketua Pereka/Lelaki). Trend terkini diperjelaskan dengan lenggok avant garde. Koleksi Neo Folk Danjyo-Hiyoji membawakan himpunan busana pra musim bunga/panas 2012 yang sedia digayakan dengan rekaan menonjol, praktikal, selesa dan kejelasan teknik jahitan khusus menggambarkan personaliti masyarakat urban. Gaya pasca-apokaliptik memperincikan lagi konsep gaya, dilengkapi pula aksesori berani dalam pilihan corak luar biasa berona asas Hitam, Putih, Kelabu dengan sedikit sentuhan rona-rona ceria. Koleksi ini mewakili Neo Folk secara kolektif dengan suntikan elemen indie yang semakin diterima sebagai trend dan sub-budaya yang membentuk pergerakan sosial dalam komuniti serba progresif. Secara tidak langsung, Danjyo-Hiyoji menghasilkan rekaan yang menggambarkan inovasi komuniti di sekeliling mereka sendiri. Pendekatan utilitarian ini juga membuktikan Danjyo-Hiyoji sebagai perintis sejajar gelombang terbaru busana urban edgy masa kini. Untuk maklumat lanjut, layari danjyo-hiyoji.com.
Marina Suwendy & Aanont Wathanasin
Elena Hong,Nicole Tan, Adeline Tan, Diana Koon, Jimmie Leen
Kelvin Tan, Datin Nora, Datin Tiara, Roselyna, Datin Tania, Vic Teo
Michael Yip, Linora Low, Jeremy Teo, Lexie Rodriguez
Shahril Shaari (Dior) & Zenny Salihuddin
danjyo-hiyoji
Vic Teo