Menerusi hantaran di Instagram milik BCL, turut dilihat anak lelakinya, Noah Aidan Sinclair dan ibu BCL, Emmy Muchlis juga bersama-sama mengerjakan ibadah umrah itu semalam.
Di ruangkan kapsyen, BCL meluahkan rasa syukur dapat menunaikan umrah pada malam terakhir 2023 selain mengucapkan selamat tahun baru kepada pengikutnya.
“Alhamdulillah, umrah pada malam terakhir di tahun 2023.
“Terima kasih tahun 2023, sangat menakjubkan. Selamat tahun baharu,” ujarnya.
Terdahulu, suami pertama BCL iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair pernah mendedahkan impiannya untuk membawa isteri serta anak tunggal mereka menunaikan umrah pada Ramadan 2019.
Namun hasrat tersebut kesampaian apabila Ashraf dilaporkan meninggal dunia pada 18 Februari 2020 susulan serangan jantung di kediaman mereka di Jakarta, Indonesia.