in ,

Urusan Bawa Pulang Jenazah Allahyarham Fiza Ambil Masa Seminggu

Prosedur membawa pulang jenazah wartawan hiburan, Allahyarham Fiza Kamarudin, 40, dari London, England ke Malaysia dijangka akan mengambil masa seminggu memandangkan prosesnya membabitkan pelbagai dokumen.

Adiknya, Linda Kamarudin, 39, berkata pihak keluarga berharap dengan bantuan Kedutaan Besar Malaysia di London dapat memudahkan dan mempercepatkan proses berkenaan.

“Jenazah akan dibawa balik dan setakat ini, suaminya masih lagi menguruskan beberapa dokumen. Antaranya, nak proses sijil kematian, yang mana akan memakan masa selama beberapa hari.
“Urusan lain pun perlu tunggu pada Selasa depan memandangkan pejabat di sana masih bercuti. Jadi, kemungkinan akan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk selesai.
“Bagaimanapun, keluarga berharap dengan bantuan Kedutaan Besar Malaysia, prosesnya menjadi lebih singkat,”

– Linda Kamarudin
M. NASIR - 1

Ditanya sama ada keluarga mempunyai perancangan mengebumikan jenazah di London, Linda berkata, keluarga tidak merancang sedemikian kerana ia memakan perbelanjaan tinggi.

“Kami ada berbincang dan kalau boleh nak bawa jenazah pulang ke Malaysia. Sebabnya, ada kenalan memaklumkan kos pengebumian di London lebih mahal daripada kos membawa pulang.
“Mengenai kos hospital dan bawa pulang jenazah, kami belum dapat makluman jumlahnya lagi. Khabarnya, Kedutaan Besar Malaysia akan membantu,”

– Linda Kamarudin

Sementara itu, Linda berkongsi, arwah sudah merancang bercuti ke London sejak 2022 ketika keadaan kesihatannya masih stabil.

“Arwah sudah lama rancang bercuti ke London bersama keluarga. Kalau tak salah sejak 2022 lagi.
“Waktu itu, sakitnya tak terlalu teruk. Bila keluar dari Institut Kanser Negara pada November lalu, arwah nekad nak bawa anak-anak sebab sudah berjanji.
“Persiapan dibuat walaupun sakit. Ketika mahu ke London, barulah arah minta bantuan kerusi roda.
“Kerusi roda digunakannya sekarang ihsan daripada Neelofa.
“Sebab nak berjalan jauh arwah akan semput. Kalau di rumah, dari ruang tamu ke dapur pun arwah akan semput,”

– Linda Kamarudin

Mengulas terima berita duka dari suami arwah, Mohd Roshdi Ramli, Linda berkata, keluarga bersiap sedia dengan segala kemungkinan walaupun masih terkejut.

“Apabila suaminya maklumkan arwah pengsan, kami sudah berdebar-debar dan takut. Bila dimaklumkan tekanan darah dan oksigen semakin menurun dan ada pendarahan dalam kepala, kami sudah bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.

“Bila arwah disahkan meninggal dunia, mak nampaknya perlahan-lahan boleh terima. Memang kami sudah bersedia, tapi tak jangka secepat ini.

“Dalam keluarga, arwah adalah perancang untuk semua aktiviti. Jadi, bila arwah tiada, kami amat rasai kehilangannya.

“Kami terharu lihat hantaran rakan-rakannya dalam media sosial dan berita kematiannya mendapat liputan meluas, bahkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pun mengikuti rapat perkembangan arwah.

“Kami tak sangka sebab kakak adalah wartawan hiburan biasa sahaja,”

Di London, Roshdi kini turut dibantu dan menerima nasihat daripada Persatuan Komuniti Islam dan Kedutaan Malaysia.

Allahyarham Fiza meninggalkan suami dan dua cahaya mata, Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.

SUMBER: BERITA HARIAN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Penjual Sambal dari Pulau Pinang Pecah Rekod Jualan RM1 Juta di Shopee Live

AZHAN RANI

Drama KHUNSA Bakal Ditayangkan di Bulan Ramadan Tahun Depan