in , ,

Fasha Sandha Rancang Timang Cahaya Mata Menerusi Rawatan IVF

Pelakon Fasha Sandha sekarang ini sedang merancang untuk menimang seorang lagi cahaya mata menerusi proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF), tahun hadapan.

Fasha berkata, dia bersedia menjalani rawatan itu dan kemungkinan akan memperlahankan kerjaya lakonannya.

“Kalau ada rezeki saya dan suami, Aidil Aziz mahu anak lagi. Kalau ikut perancangan saya nak buat IVF dan mahu terus pilih jantina lelaki, tapi tak tahu lagi sebab ini semua kerja Tuhan.
“Kita hanya mampu merancang, kalau ada rezeki, insya-Allah.

“Sebenarnya tak jumpa lagi doktor mendapatkan maklumat, jadi kami belum tahu macam mana. Saya akan jumpa doktor selepas habis penggambaran drama untuk minta nasihat dahulu.

“Saya kena selesaikan komitmen yang ada seperti penggambaran drama Malang Si Puteri sehingga Februari depan. Dari segi duta, kalau saya mengandung pun tetap boleh jadi duta,” 

– Fasha Sandha

Sementara itu, Aidil berkata, mereka memang berhasrat menambah seorang lagi cahaya mata selepas dikurniakan anak perempuan, Aisha Amaira, 4.

“Kalau ikut perancangan Fasha kena kurangkan penggambaran sebab memerlukan tenaga setiap hari. Untuk trimester pertama kena berjaga-jaga,”

– Fasha Sandha

Fasha dan Aidil ditemui pada majlis doa selamat dan kesyukuran bersama adiknya, Elisya Sandha di Bizmilla Ariz Hall, di sini, malam tadi.

Berkongsi majlis berkenaan, Fasha berkata, dia sudah lama menyimpan niat mengadakan majlis penghargaan buat keluarga, rakan-rakan termasuk kelab peminatnya yang sentiasa menyokong selama ini.

“Saya hanya mahu berterima kasih kepada barisan ‘boss’, keluarga, sahabat media dan kelab peminat. Kelab peminat sudah lama dengan saya sejak 16 tahun lalu. Alhamdulillah dapat peminat setia juga adalah rezeki buat kami.

“Sebenarnya saya dan suami sudah niat mahu mengadakan majlis sejak dua tahun lalu. Jadi, kami buat majlis ringkas, tahun ini.

“Alhamdulillah ini juga sebab kerjaya seni kami berjalan dengan baik, Aidil dengan filem yang baru selesai penggambaran dan begitu juga Elisya,” katanya.

– Fasha Sandha

Untuk karier lakonan, Fasha Sandha kini sibuk menyiapkan penggambaran drama Malang Si Puteri sehingga Februari tahun depan, terbitan Radius One Sdn Bhd yang akan disiarkan Astro Ria.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Sempena Melangkah Ke Tahun Baru, Nah! Ini Petua Yang Perlu Kita Amalkan

AFDLIN SHAUKI.jpg

Tahniah! Datuk Afdlin Shauki Dilantik Jadi Pengerusi Baharu FDAM