in , ,

Aisha Retno Anggap Shiha Zikir Jadi Pesaing Terdekat Dalam AJL38 

Bukan calang-calang penghibur yang memuji persembahan serta lagu disampaikan Aisha Retno pada Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM38), baru-baru ini.

Individu dimaksudkan adalah penyanyi nombor satu negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang nyata kagum dengan cara Aisha mengalunkan lagu Sutera.

Malah, anak seni yang mesra dipanggil Tokti itu turut mengulang siar momen persembahan pemilik nama lengkap Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam di SFMM38.

Tokti turut menjangkakan Sutera bakal menyerlah lagi di Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 3 Mac depan.

Aisha Retno bakal berentap buat julung kalinya di pentas AJL38 selepas empat tahun ceburi industri muzik

Antara penyanyi melayakkan diri ke AJL38 termasuklah Aina Abdul, Marsha Milan, Ernie Zakri, Ziana Zain, Hael Husaini, Amir Jahari, Masdo dan Naqiu.

Menerusi temu bual bersama Aisha Retno, dia rasa tidak percaya apabila dapat melangkah ke pentas AJL38.

Aisha turut berkongsi tentang persediaan yang dibuatnya untuk berentap dengan 12 lagu lain di pentas berprestij itu buat kali pertama.

Katanya, lagu ‘Sutera’ mempunyai banyak instrumen jadi dia perlu lebih menitikberatkan dari segi tarian, nyanyian dan elemen-elemen lain.

Setiap penyanyi mempunyai kehebatan tersendiri, tetapi bagi Aisha Retno menganggap Shiha Zikir pesaing terdekatnya

Menurut Aisha Retno, semua penyanyi yang lain pernah menjejakkan kaki ke Anugerah Juara Lagu (AJL) tetapi tidak baginya kerana ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke pentas berprestij ini.

Aisha anggap lagu ‘Kalam’ sangat hebat kerana mempunyai genre yang sama selain lagu nyanyian Shiha Zikir itu menunjukkan anak Malaysia yang mementingkan tradisi.

“Bagi Aisha, pesaing terdekat according to my genre will be Shiha Zikir, lagu Kalam dia sangat strong and love it serta sangat menitikberatkan anak nusantara yang bangga dengan tradisionalisme yang tinggi,”

– Aisha Retno

Aisha Retno jadikan komen Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memuji bakatnya sebagai pembakar semangat

Aisha Retno sangat berbesar hati dan menghargai komen yang diberikan oleh penyanyi tersohor itu disifatkan antara individu yang melihat perjalanan kariernya serta mengiktiraf bakatnya.


“Terima kasih Tokti kerana percaya kepada bakat-bakat baru. Ini yang Aisha sangat appreciate dengan artis-artis di Malaysia walaupun mereka sudah berada dalam industri muzik berpuluh tahun tetapi masih respect dengan penyanyi yang baru,” 

– Aisha Retno

Aisha menghargai penyanyi-penyanyi legend, walaupun telah menapak di industri muzik dalam tempoh masa yang lama tetapi tetap menyokong penyanyi baru.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Projek Lagu Dari Seluloid, 10 Lagu Filem Melayu Era 50-An Dirakam Semula 

Amylea Percaya Dengan Kahwin Dulu Baru Bercinta Macam Orang Dahulu