in , ,

Projek Lagu Dari Seluloid, 10 Lagu Filem Melayu Era 50-An Dirakam Semula 

Sebanyak 10 buah lagu daripada filem melayu era 50-an bakal dirakam semula secara digital menerusi projek Lagu Dari Seluloid.

Mac Training Centre Sdn Bhd dengan kerjasama Studio Funky Brigade mengambil inisiatif tersebut untuk memupuk rasa cinta terhadap irama Melayu Klasik dalam kalangan generasi muda.

Projek yang menerima dana sebanyak RM150,000 daripada Yayasan Hasanah itu melibatkan enam penyanyi lama dan baharu tanah air.

Ia juga bakal menjadi rujukan buat proses perkembangan muzik dan filem pada masa akan datang.

“Saya rasa ini satu sumbangan saya untuk memartabatkan lagu lama yang jarang kita dengar di radio. Saya harap bahan ini menjadi rujukan serta memberi nafas baharu pada lagu lama agar generasi baharu apabila mendengar, tidak berasa janggal,”

– Asmidar Ahmad

“Saya pun ada visi yang sama macam Asmidar katakan, antaranya kita dapat melestarikan karya yang tersimpan lama dalam arkib kalau kita tidak kenal pemula perintis, kita tidak tahu sejarah kesenian kita. Saya harap dengan projek ini, akan ramai anak muda mengambil tahu dan mendapat maklumat daripada projek ini,”

– Aqasha

Rakaman audio dan inti pati visual yang mengandungi kredit nama komposer, penulis lirik dan penyanyi terbabit akan ditayang di saluran YouTube Mac Training Centre Sdn Bhd pada 31 Disember nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mierul Aiman Kerap Ke Gim Bawa Watak Bodyguard dalam W: Two World

AISHA RETNO

Aisha Retno Anggap Shiha Zikir Jadi Pesaing Terdekat Dalam AJL38