Bercakap dengan Uproxx, Clooney mendedahkan bahawa skrip untuk filem terbaru Ocean’s telah pun ditulis. “Kami mempunyai skrip yang sangat bagus untuk filem Ocean’s yang lain sekarang, jadi kami mungkin akan melakukan satu lagi. Ia sebenarnya skrip yang hebat,” katanya
Apabila ditanya sama ada ia adalah filem Ocean’s Fourteen, Clooney menjawab, “Saya tidak mengelarkannya begitu.. maksud saya, ideaya seperti filem Going in Style.”
Sebelum ini diumumkan bahawa sebuah lagi filem Oceans sudah dalam pembangunan; namun, filem tersebut lebih berfungsi sebagai prekuel kepada Ocean’s Eleven yang dibintangi oleh Margot Robbie dan Ryan Gosling.
Diarahkan oleh Jay Roach, dan ditetapkan pada tahun 1960-an dan dilaporkan akan menyaksikan Gosling dan Robbie memainkan peranan ibu bapa kepada Danny (Clooney) dan Debbie Ocean (Sandra Bullock).
“Margot Robbie ibu saya? Saya selalu fikir begitu,” Clooney baru-baru ini memberitahu Variety di tayangan perdana The Boys in the Boat. “Dan Ryan Gosling ialah bapa saya, dan apabila anda memikirkannya, ia masuk akal. Sungguh.”
Skrip yang dimaksudkan Clooney mungkin filem yang berbeza sama sekali, kerana Going In Style ialah filem rompakan 1979 arahan Martin Brest mengenai tiga warga emas (George Burns, Art Carney, dan Lee Strasberg) yang memutuskan untuk merancang rompakan.
Pengarah Zach Braff membuat semula Going in Style pada 2017 bersama Morgan Freeman, Michael Caine dan Alan Arkin.
Clooney pertama kali memainkan watak Danny Ocean pada tahun 2001 menerusi filem Ocean’s Eleven, pembuatan semula filem tahun 1960 dengan nama yang sama.
Diarahkan oleh Steven Soderbergh, pelakon ensembel Ocean’s Eleven juga termasuk Brad Pitt, Matt Damon, Casey Affleck, Don Cheadle, Carl Reiner, Bernie Mac, Andy García, Julia Roberts, dan banyak lagi.
Francais itu berkembang menerusi dua sekuel, Ocean’s Twelve 2004 dan Ocean’s Thirteen 2007, kedua-duanya juga diarahkan oleh Soderbergh. Pada 2018, Gary Ross membuat spin-off, Ocean’s 8, dibintangi Bullock, Cate Blanchett, Anne Hathaway, Mindy Kaling, Sarah Paulson, Awkwafina, Rihanna, dan Helena Bonham Carter.