in

The 2011 Barclays Asia Trophy

Hari ini 27 Julai, hari yang dinantikan untuk Budiey terbang ke Hong Kong buat pertama kalinya. Bukan untuk jalan-jalan sangat lah tapi demi Piala Barclay 2011. Die hard fan sangat katanya sampai sanggup ponteng meeting dengan boss Media Prima dan sah-sah lah kena ponteng jugak event yang berlambak selama 5 hari.

Orang kata, sambil berenang dapat minum air. Macam tu jugak lah dengan trip nih. Alang-alang ke Hong Kong, tak sah kalau tak singgah di beberapa lokasi pelancongan yang menjadi daya tarikan pelancong ya tak?

Ya, fyi… The 2011 Barclays Asia Trophy will be the fifth edition of the Premier League Asia Trophy.

barclays-asia-trophy
Untuk introduksi pemanas badan, Chelsea, Aston Villa, Blackburn Rovers akan melawan Hong Kong Club Kitchee untuk memburu gelaran juara pada malam ini 27 July 2011 dan pada 30 July 2011 di Hong Kong Stadium.

Di sini, Budiey ingin mengucapkan terima kasih kepada Tune Talk yang sudi menerbangkan Budiey ke Hong Kong untuk menyaksikan perlawanan bola sepak ini. Terima kasih kepada Eddy jugak kerana sudi pass tiket ini kepada Budiey.

Seramai empat orang pemenang peraduan yang dianjurkan oleh Tune Talk di Facebook akan diterbangkan bersama-sama. Nantikan gambar-gambar sensaso kami di Hong Kong ya.

tunehotels-asia-trophy_01

Kalau nak tahu sebelum ni Tune Talk dan Hotel Tune telah mengadakan peraduan di Facebook mereka. Hanya perlu LIKE fanpage Tune Hotel atau Tune Talk dan tag fanpage ini di status wall anda dan tulis slogan mengapa suka stay kat Tune Hotel. Tu je. Senang giler. Tak padan dengan hadiah yang diberikan sangat berbaloi-baloi.

Flight ke Hong Kong pagi ni pada jam 7.10 pagi dan dijangka sampai di Hong Kong pada jam 11 pagi. Doakan kami semoga selamat sampai dan selamat kembali ke tanahair yo.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faizal Tahir – Sound Sistem Macam Kenduri Kampung

Pra Pelancaran Festival Filem Malaysia ke-24