Pihak media telah mendapatkan berita dan cuba menghubungi untuk mendapatkan maklumat kesahihan dari empunya badan… Adami Hairi yang sentiasa tenang berhadapan dengan gossip dan tuduhan liar..
Pelantun lagu Forte dan Legato ini menyatakan tidak pernah menjadi penghalang hubungan mana-mana pihak. Menurut Adami beliau senang dikelilingi oleh sesiapa pun tetapi sama sekali tidak pernah menggangu hak orang lain seperti mana yang diperkatakan.
Timbul isu mengenai muat naik status di laman sosial milik beliau, Adami menjawab itu hanya sebagai satu bentuk luahan sahaja dan tidak lebih daripada itu.
Dalam pada itu, Adami yang masih aktif dalam bidang nyanyian menyifatkan perjalanan seninya masih seperti biasa dan sering menerima undangan nyanyian jika ada tawaran.
Terdahuku beliau baru sahaja selesai dengan pelancaran single lagu terbaharu berjudul Angauku Mekar.