in ,

Nor Hidayah Mula Buka Hati Cari Pengganti Selepas 3 Tahun Pemergian Abam

Tiga tahun bergelar ibu tunggal sudah pasti tidak mudah buat Nor Hidayah, balu kepada Allayarham Syed Umar Mokhtar (Abam Bocey).

Nor Hidayah mengharungi semua dugaan itu dengan tabah dan kini dilihat bersedia untuk menerima kehadiran orang baharu dalam hidupnya.

Perkara itu dikongsikan Hidayah di mana dia sebelum ini mendedahkan telah didekati beberapa lelaki dan kini bersedia menerima seorang lelaki sebagai suami dan ayah kepada tunggalnya.

Nor Hidayah Mula Buka Hati Cari Pengganti Selepas 3 Tahun Pemergian Abam

Jika ada jodoh yang terbaik untuk ku, aku terima dan bimbing ku dijalan Mu ya Allah. Cinta pertama dan cinta syurga ku suamiku.

Aku tak memilih yang kaya, cukup sayang aku dan anak aku seperti mana arwah suamiku sayang terhadap diriku dan anak ku. Al-Fatihah suamiku tercinta, Syed Umar Mokhtar.

– Hidayah

Hidayah turut berkongsi gambar di atas pelamin dengan sejambak bunga. Untuk pengetahuan korang arwah Abam dan Hidayah berkahwin pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Hamzah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AWIE

Usia Sudah Cecah 55 Tahun, Datuk Awie Bakal Timang Anak Ketujuh

Doa Buat Gaza Sebuah Manifestasi Solidariti Terhadap Konflik di Palestin