Datuk Awie berkata dia mengakui malu untuk berkongsikan berita kehamilan isterinya itu apatah lagi faktor usianya sudah pun mencecah 55 tahun.
Menurut Awie lagi, kandungan isterinya masih berada di peringkat awam untuk dihebahkan serta berharap urusan kehamilan isteri itu dipermudahkan.
Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober 2016. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung pada 2020.
Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 22, dan Puteri Aleefa Antasha, 20
Awie kemudian bernikah dengan Rozana Misbun adik kepada aktres Haliza Misbun pada 2006. Kasil daripada perkahwinan mereka, iaitu Putra Ahmad Merrah,14, Putra Ahmad Rezzki, 13; dan Puteri Qasseh Antasha, 11.